Misteri Kewujudan Penempatan di Kaki Bukit Putih. Bila PoIis Datang, Terb0ngkar Kisah Lain

Kangar, kewujudan penempatan misteri di kaki Bukit Putih, Kampung Wai Kuala Perlis, menimbulkan tanda tanya.

Penempatan itu berjaya dibongkar Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan polis dan ia disyaki digunakan pihak tertentu bagi tujuan tidak bermor4l.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, penemuan itu adalah ketika AKSEM Perlis melakukan rondaan rutin pada Mac lalu sebelum dilaporkan kepadanya.

Menurut Surina, selain beberapa kawasan yang dibina penempatan dan khemah khas, turut ditemui empat lubang misteri dengan salah satu daripadanya dipenuhi air disyaki untuk tujuan tertentu sebelum ia ditinggalkan kira-kira lebih setahun yang lalu.

” Kawasan ini terbahagi kepada beberapa seksyen dengan beberapa binaan dan penempatan dibangunkan dipercayai untuk tujuan tertentu.

” Ada empat lubang, tiga daripadanya digali pada kedalaman tertentu dan satu daripadanya dijadikan sebagai telaga disyaki sebagai tujuan kegunaan harian bagi mereka yang pernah menetap di sini.

” Namun tiga lubang lagi kita percaya ia digali bagi mencari sesuatu.

” Atau dalam erti kata lain, penempatan ini disyaki digunakan sebagai penempatan sementara untuk tujuan mencari barangan berharga di kawasan bukit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke kawasan terbabit lewat petang semalam.

Mengulas mengenai aktiviti tidak bermor4l oleh kumpulan terbabit di penempatan berkenaan, Surina berkata hasil siasatan oleh pasukan khas Vatalion 69 PDRM turut menemukan beberapa barangan peribadi wanita.

” Selain itu, pasukan VAT 69 turut menemui beberapa batang besi dan paip di dalam lubang terbabit dipercayai untuk tujuan mengesan kehadiran besi dan air.

” Menurut laporan yang dikeluarkan VAT 69 juga, jumlah kehadiran di penempatan terbabit adalah ramai dan hasil siasatan polis lebih menjurus kepada aktiviti pencerobohan pihak tertentu bagi mencari harta simpan di sekitar bukit.

” Jika untuk mengaitkan aktiviti penyeludupan, kita tidak nampak ke arah itu kerana kesemua lubang terbabit digali tidak sampai ke penghujung bukit selain jarak dari kesempadan melalui bukit adalah lebih enam kilometer dan kawasan terbabit berhampiran dengan penempatan penduduk,” katanya.

Surina berkata, pihaknya memandang serius akan penemuan berkenaan dan kawalan lebih ketat akan dilakukan di sekitar kawasan berkenaan.

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*