Nama dua pelakon jelita ini, Puteri Sarah Liyana dan Amyra Rosli bukanlah asing lagi buat peminat drama tempatan apabila kedua-dua selebriti ini sering membintangi drama di kaca televisyen dengan bakat tersendiri sehingga nama mereka sering menjadi perhatian.
Walau bagaimanapun, nampaknya peminat Puteri Sarah Liyana mahupun Amyra Rosli bakal melihat gandingan mereka apabila isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusuf ini berkongsikan perkembangan diruangan Instagram.
Menurutnya bahawa nama watak mereka adalah Dian dan Fira namun dalam pada masa yang sama sekeping foto dimuat naik Puteri Sarah Liyana bersama isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini sangat menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, kedua-dua pelakon ini yang tersenyum dan bergaya dalam cara pemakaian tudung yang sama menampakkan mereka seperti kembar bagi peminat dan pengikut.
View this post on Instagram
Sehingga posting yang memaparkan sekeping foto itu mendapat ratusan komen yang mengatakan kedua-dua pelakon itu sangat sama dan seolah-olah macam kembar.
Selain dihujani dengan ratusan reaksi yang memberikan pandangan yang sama, foto yang dimuat naik itu juga menerima lebih 20,000 tanda suka ramai disamping memuji kecantikan kedua-dua pelakon terbabit yang kini memiliki dua orang cahaya mata.
“Macam kembar la!”
“Sekali pandang macam kembar”
“Cantik dua-dua”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HCL
Leave a Reply