“Saya Tak Tahu Kenapa Dia Lari Sebab Kami Okay” – Anak Emma Maembong Kena Tinggal

Hi, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagitahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaiibkan atau membvrukkan sesiapa.”

Demikian status dimuatnaik oleh pelakon jelita Emma Maembong, 29, di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Menurut Emma, terkiIan dan kcewa apabila pembantu rumahnya yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri tiba-tiba menghilangkan diri, hari ini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak sangka pembantu rumahnya itu terga.mak meIarikan diri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka.

” Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita.

” Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah.

” Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus m.atikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact.

” Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya.

” Saya tidak tahu kenapa dia Iari sebab kami okay, tiada masalah. Sebenarnya saya suka dengan cara kerjanya yang bagus, rajin dan baik.

” Saya sayang dia hingga anggap dia sebahagian daripada keluarga. Suami saya pun sayang sangat dia. Saya tengok dia penat, saya bawa pergi belah-belah, bagi duit, suruh dia beli apa dia nak,” katanya.

Pelakon drama Kimchi Untuk Awak itu mendapat tahu pembantu rumahnya itu mungkin termakan kata-kata seorang lelaki yang ingin berkahwin dengannya sehingga sanggup meIarikan diri.

” Seorang lagi pembantu rumah saya beritahu, dia Iari sebab kenal seorang lelaki di Facebook dan dia nak kahwin. Lelaki itu janji dia macam-macam.

” Bagi saya, kalau betul nak kahwin, tak apa, cakap saja elok-elok dengan saya. Silap haribulan, saya yang akan beli baju kahwin dia dan siapkan pelamin sebab saya memang sayang dia,” katanya.

Emma mengakui sangat kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya itu yang tergamak membalas jasa baik mereka selama ini dengan cara begitu.

Terdahulu, pelakon terbabit berkongsi di mengenai insiden itu di Instagram. Dia menasihatkan ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan pembantu rumah.

Reaksi peminat Emma

Dalam pada itu, rata-rata peminat Emma di Instagram meminta Emma bersabar dengan ujian itu. Tidak kurang juga yang mengec4m tndakan pembantu rumahnya itu.

” Terima kasih kak Emma kerana ingatkan. Lepasni kene hati-hati sis…jangan terlalu percayakan sangat… Lepastu kena cek background die betul-betul dulu,” tulis Rina.

” Allahuakbar nasib baik la dia tak bawa baby Iari sekali.. dilayan baik-baik pun Iari.. lain lah kene m.aki hamu.n,” komen Melati.

Sumber:hmetr0 dan IG Emma Maembong, asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*