Selalu juga kita dengar ada orang terperangkap di dalam bilik air. Paling menakuttkan apabila kita terperangkap dan tidak tahu bagaimana kita nak keluar.
Sudah pasti kita akan usaha untuk memecahkan tombol atau pintu tapi pintu bilik air bukan semudah itu untuk pecah.
Saudari ini yang bernama Safra Hussain telah kongsikan pengalaman beliau dan anak anak terperangkap di dalam bilik air selama 7 jam lebih. Jom baca..
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat
Semalam terkurung dalam bilik air dgn anak3 selama 7jam lebih.
Paling risau kan anak2,sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dlm, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak2 main bubble.
Macam2 usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol.
Segala usaha sia-sia
Bila Mikayla cakap lapar,kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je…..sampai tahap kita dah hypo… dh lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal2 cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuh lah toilet, bila dah hujung2 tak tau masa tu pkul berapa dah rasa x kuat tp tngok anak2 cuba kuatkan diri dan ketuk2 tombol…. masih sia2.
Bila Mikayla cakap “Im cold” sbb mikayla sejenis kalau tidur dlm aircond taknak selimut sbb dia suka sejuk… tp kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati…. dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih….. tangan kaki dia dah kecut……
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone….
Pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi skolah Mikayla, bila cikgu ckp mikayla tak pergi sekolah, terus cepat2 balik rumah.
Alhamdulillah! Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati2, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sadis sbb dalam bilik air…. kalau dlm bilik mungkin lah kita boleh terajang
Maaflah ayat bercelaru sbb anak2 bangun tidur pun menangis je.
Sumber : Safra Hussain
Cara Buka Pintu Terkunci Dari Dalam Hanya Guna Sekeping Kertas
Biasa terjadi pintu bilik atau bilik air di rumah terkunci dari dalam. Mungkin tanpa sengaja tertekan atau pintu terhempas kuat. Lagi buat kita kalut di dalam itu ada bayi dan kita pulak tiada kunci spare.
Jangan cemas sebab ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuka pintu tombol ini. Modalnya boleh jadi sehelai kertas, kad, atau pembaris.
Buka tombol pintu yang terkunci dari dalam guna sekeping kertas
1. Cara kertas yang agak keras
2. Lipat kertas jadi segi empat
3. Menggunakan bucu kertas tadi tolak masuk di celah-celah pintu, supaya kena pada kuncinya.
4. Bila terkena pada kuncinya, tombol biasanya akan terbuka.
Untuk lebih jelas boleh lihat video di bawah.
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply