Reaksi Teruja Alisa Aisyah Bertemu Ayam Jantan, “Hahaha Geram”

Si cilik anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernama Alisa Aisyah ini memiliki pengikut dan peminatnya yang tersendiri. Memiliki paras wajah yang sungguh comel, telatahnya kadang-kadang cukup menghiburkan.

Pernah menerima anugerah Si Cilik Meletop 2020, pastinya Alisa Aisyah memiliki tarikannya yang tersendiri sehinggakan sentiasa berjaya menambat hati ramai dengan perlakuan comelnya. Sama seperti abangnya, Yusuf Iskandar yang sentiasa menjadi peneman setia kepada si cilik ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

 

Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan Alisa Aisyah bertemu ayam jantan telah mencuri perhatian ramai. Biasalah anak-anak kecil jika berjumpa dengan perkara yang jarang atau tidak pernah ditemui memang akan teruja lain macam.

Sama seperti Alisa Aisyah ini yang rakamannya dikongsikan oleh bapanya sendiri Hairul Azreen. Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Instagram tersebut memaparkan reaksi teruja Alisa Aisyah bertemu ayam jantan. Berikut adalah perkongsian tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

 

Alahai cara si ibunya, Hanis Zalikha panggil ayam jantan pun. Apa-apa pun perkongsian reaksi teruja Alisa Aisyah bertemu ayam jantan ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 122 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Alahai jatuh pun bangun sendiri tak nangis. Baguslah Alisa nii”

Alisa Aisyah dengan ayam jantan 3

“Comelnya budak kecik ni. Tak boleh tahan hmm”

Alisa Aisyah dengan ayam jantan 2

“Alar ayam ni pun kejap lari kejap datang, Aisyah nak berkawan la”

Alisa Aisyah dengan ayam jantan 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*