Baru Je Crai, Farawahida Mngejutkan Ramai Apabila Berkahwin Lagi Dan Ini Identiti Suami Baru Dia

Slepas mengejutkan ramai pihak apabila mendirikan rmah tngga sekali lagi pada Jumaat, penyanyi Farahwahida mendedahkan perkahwinan pertamanya sudah berakhir secara baik sejak setahun lalu.

Menurut Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, perkara itu tidak perlu diperkatakan lagi dan menganggap jdoh dengan bekas suami sudah berakhir.

” Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jdoh antara saya dan bekas suami.

” Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya kepada mStar.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu sebelum ini pernah mendirikan rmah tngga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada petang Jumaat, Farahwahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Zulkifli Alias dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Daerah Taiping, Perak.

Suami pegawai kerajaan

Berkongsi tentang perkenalannya dengan Zulkifli, 36, yang merupakan pegawai kerajaan, mereka merupakan satu kumpulan badminton yang disertainya sejak dua tahun lalu.

Tambahnya, jejaka berasal dari Melaka itu berstatus duda kepada tiga cahaya mata.

” Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya dan dia berasal dari Melaka.

” Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa-apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

” Selesai bermain badminton, kami bawa haluan masing masing sebab dia pun tak banyak cakap.

” Saya pernah juga beregu dengan dia, tapi ketika itu berkenalan biasa saja. Tidak ada pun nak sembang, mesej atau telefon sebab dua-dua jenis berat mulut.

” Saya pun sejak solo, malas nak fikir cari pengganti. Tak sangka rupa-rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam.

“Kami betul-betul berkenalan ketika dia menghantar video di Instagram iaitu pada Disember tahun lalu. Dari situ, baru ada sesi berkenalan secara lebih dekat,” katanya.

Farawahida berkata, mengikut perancangan asal mereka mahu bernika.h pada Ogos depan.

” Daripada pengalaman masing-masing, saya janda dan dia duda, Insya Allah kami cuba belajar dan saya berasakan ada keserasian antara kami.

” Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, ia membataskan kami untuk mengenali keluarga masing-masing. Jadi, kami buat panggilan video saja. Mana-mana keluarga yang ada di Kuala Lumpur kita bawa berjumpa.

” Kami memang tak boleh jumpa ibu bapa masing-masing kerana mereka berada di Taiping dan Melaka. Namun, mungkin inilah jodoh. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.

Farawahida mengabadikan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 19 Mac sebagai tarikh pernika.han bagi memperingati kenangan paling manis dalam kehidupannya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*