(Video) Kematian Yang Dicemburui, Detik-detik Imam Masjid Di Thailand Rebah Ketika Mahu Sujud & Meninggal Dunia Waktu Imamkan Solat Jumaat

Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhorn Sitamarat.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu.

Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat.

Menurut kiriman tersebut, Allahyarham yang dikenali sebagai Imam Haji Hashim juga merupakan Timbalan Ketua Majlis Agama Islam itu.

Pun begitu, punca kematiannya tidak diketahui.

Ramai yang ‘cemburu’ dengan kematian tersebut dan juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Sumber: Ustaz Hanafi

Kredit : Siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*