Rakaman Gadis Ni Makan Laksa Buatkan Ada Netizen Rasa Pelikk Bila Teng0k

Makan menggunakan tangan bukan sahaja budaya orang Asia tetapi juga Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Selatan, sementara sudu dan garfu adalah peralatan asas dalam budaya makan Barat.

Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal bukan sahaja di rumah tetapi di restoran-restoran di mana sudu dan garfu disediakan.

Biasanya sudu dan garfu hanya digunakan untuk makanan makanan yang sukar untuk dipegang menggunakan tangan seperti mi dan sup.

Namun perkara itu tidak mengh.alang orang ramai untuk makan menggunakan tangan mereka, memandangkan makan menggunakan tangan adalah lebih memuaskan dan bermanfaat untuk penc.ernaan.

Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter ini di mana seorang wanita sedang menikmati semangkuk laksa Johor menggunakan tangannya.

Mungkin kebanyakan orang biasanya makan laksa menggunakan garfu dan sudu memandangkan makanan tersebut adalah makanan berkuah, menyebabkan a.ksi tersebut agak janggal bagi mereka.

 

Namun menurut ramai netizen yang meninggalkan komen, makan makanan berkuah menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di banyak negeri seperti Johor dan Kelantan.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Nak makan apa pakai tangan pun boleh. Garpu dan Sudu cara org barat ketika mkn. Malahan ada org barat mkn nasi tak guna sudu tapi guna garpu.. Mesti korang tak pernah tgk kan.. Aku pernah tgk. Yg ke2. Korang ingat tak dulu KFC Malaysia sediakan order siap ada pinggan, sudu dan garpu pada hal nak mkn ayam goreng … !!! Org barat mkn ayam goreng pakai tgn je.. Cina sejak azali mkn apa saja pakai chop stik sbb apa? Itu cara mereka dan itu cara mereka mkn.. Org cina Mkn nasi dlm mangkuk suap nasi kemulut guna chop stik bukan pinggan dan pakai tgn mcm org melayu.. Ada org viralkan? Apasal tak viralkan. ? Jadi cara org malayu pakai tangan adalah perkara biasa sebenarnya.. Dan mkn laksa johor mmg guna tangan.. Tambahan pula mkn laksa johor ni kena gaul dulu sebelum mknlah.. Tu adat mkn Laksa Johor.. generasi baru ni Adat org asing laju je.. Tapi adat bangsa sendiri bangsa melayu dah tak nak amik tau langsung.. Maka selepas Generasi baru ni maka akan ada Generasi BAS …iaitu Generasi Bingai Adat Sendiri”

“Saya Pun, Kalu Diluar Lebih Suka Makan Pakai Tangan, Yang Penting Sebelum Makan Kita Cuci Tangan Bersih-Bersih. Melainkan Dirumah Je Saya Makan Pakai Sudu. Bukan Saya Kekampungan Tetapi Realitinya Makan Pakai Sudu Diluar Kita Kena Fikir Tahap Kebersihan Atau Tahap Kesihatan Pengguna Sudu Tu Sebelum Kita. Bayangkan Dah Beratus Orang Hari Tu Menyuap Sudu Ke Mulutnya”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada ALLAH SWT…

Membersihkan Tangan

Mulakan Dengan Membaca Bismillah

Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ( ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ ” (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Doa Setelah Selesai Makan

Makan Dan Minum Perlulah Dalam Keadaan Duduk Tidak Berdiri,

Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung, sembelit dan senak perut,

Kredit : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*