Nisa Bakri Akhirnya Dedah Mengapa Ibu Engku Emran Sangat Suka Dgn Noor Nabila

Engku Emran kini gembira menemui pilihan hatinya untuk menjadi teman hidup. Emran yang pernah berkahwin dengan artis Laudya Cynthia Bella ini diketahui berkahwin buat kali ketiga. Terdahulu, Emran berkahwin dengan pelakon Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Memilih Noor Nabila untuk menjadi teman hidupnya seperti merupakan pilihan yang tepat untuk Emran. Baru saja berkahwin, Nabila nampaknya telah menjadi menantu kesayangan keluarga Emran.

Perkara ini dinyatakan oleh ibu saudara Emran, yang merupakan seorang chef terkenal Malaysia, Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih mesra dipanggil Nisa Bakri. Nisa Bakri juga nampaknya memuat naik banyak gambar pada saat perkahwinan mereka berdua.

Dia juga memuji kelebihan Nabila yang suka memasak.

Bila satu hati satu jiwa #sukamasak

Welcome to our family beautifull Nabila Khan,” tulisnya di Instagram story.

Isteri bekas Timbalan Ketua p0lis Diraja Malaysia itu juga mengatakan bahawa Aleesya sangat beruntung mendapat ibu baru.

“My beautiful growing up cucu Aleesya. You are so very blessed,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, menerusi muat naiknya, Nisa juga berkongsi foto pengantin lelaki dengan ibu bapa Emran.


Nisa juga mengatakan bahawa Emran adalah seorang anak yang sangat penyayang dan penuh perhatian terhadap ibu bapanya. Kini ibu bapanya juga bernasib baik kerana mempunyai menantu seperti Nabila, yang penyayang dan sederhana.

“Seorang anak yang sangat prihatin kepada ibubapa @narmeukgne , mashaaAllah. Menyerlah cahaya kasih sayang pada kedua mempelai ini @noornabila , isteri yang punyai sifat loving, genuine and she sangat simple orangnya. Yang Ibu sangat suka, Nabila suka masak, hehehehe…. gemuklah suami nya dengan masakan lazat lazat.

Shukur Alhamdulillah.. they are loving couple may this marriage reaches the highest heavens,”- katanya.

Dalam muat naik sebelumnya, Nisa juga mendedahkan bahawa dia sangat gembira kerana Nabila kini menjadi anggota keluarganya.

Nafi bertunang, Nabila dedah mcm mana dia boleh jatuh hati dgn Engku Emran

Noor Nabila tampil dedahkan cerita bagaimana dia kenal dengan Engku Emran sampai mereka bole bernikah
Posted on March 19, 2021 by Mediabawang

Kuala Lumpur: Noor Nabila Mohd Noor, 36, men.afikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, mengikat tali pertunangan seperti did.akwa sebelum ini.

Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

Tidak bertunang

“Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.

“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal,” katanya yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10.02 pagi.

Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor.Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin. Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
Nabila berkata, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan serba ringkas kerana perlu mematuhi pr.osedur o.perasi standard (SOP).

“Majlis kami hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang saja. Kami buat yang wajib dan mahu diadakan secara sederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,” katanya.

Nabila berkata, dia percaya Engku Emran mampu membimbing dan menjaga dirinya selepas masing-masing pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini.

Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya

Sumber : Murai my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*