Sah Bergelar Isteri Syamel, Ini Profil Sebenar Dan 1O Fakta Menarik Ernie Zakri. Memang Bukan Biasa2

Hari ini, pasangan duet popular Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Puncak Alam sebentar tadi.

Penyanyi Syamel dan Ernie dinikahkan tepat jam 10.30 pagi berwalikan bapa ernie, Zakri Ahmad.

DaIam majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian, namun wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh keluarga perempuan tetapi hantaran tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Majlis meraikan mempelai kemudian berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat di sebuah resort persendirian di Serendah, Selangor dengan tema melayu klasik.

Imbas kembali, Syamel dan Ernie mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020 dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie.

Profil Ernie ternyata bukan ‘biasa-biasa’

Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri ini dilahirkan pada 23 Jun 1992. Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Ernie Zakri yang tidak ramai tahu.

1) Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009. Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.

2) Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

3) Ernie Zakri dilahirkan pada 23 Jun 1992 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

4) Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM).

5) Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009, kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul Sinaran pada tahun 2011. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel.

6) Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal.

Jadi, tak hairanlah kan Ernie Zakri menang anugerah voral terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke -35  baru-baru ini…

7) Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya.

Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.

Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage 2018 anjuran Astro. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok.

8) Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Suri Katriana yang disiarkan di Astro Prima. Pada November 2019, singlenya “Ku Bersuara” terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.

Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, “Boneka”. Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.

Anak saudara Ziana dan Anuar Zain

9) Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan anak saudara kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain. Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.

Jadi kalau nak diikutkan ‘pangkat’ yang sebetulnya Ernie Zakri adalah cucu saudara kepada Ziana dan Anuar Zain. Namun mungkin untuk memudahkan panggilan nak suruh orang senang faham, jadi disebut anak saudara sahaja.

10) Ernie memiliki suara soprano leggero iaitu suara hybrid di antara suara lyric soprano dan coloratura soprano. Beliau sering meraih pujian dek penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang.

Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu “My All”.

Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan “Ariana Grande Malaysia” di kalangan netizen.

Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal bagi lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Ernie Zakri juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera pada tahun 2013-2015 seperti Phantom Of The Opera.

Sumber:gempak dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*