Remaja Hadiah 8A Untuk Arw@h Mak Ayah, Bergegas Ke Pus@ra Baca Yasin

Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 telah pun diumumkan semalam dan pastinya ramai pelajar berasa lega dengan kejayaan yang diperoleh. Tidak terkecuali dengan seorang pelajar Mohamad Faris Faisal Che Azmi dimana turut menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Namun begitu, kegembiraan terbabit tidak dapat diraikan bersama kedua ibu bapanya kerana mereka telah menlnggalkan Faris terlebih dahulu selepas terlibat dalam kem@langan pada bulan Ogos yang lalu. Selepas keputusan diterima, dia bergegas ke Tanah Perkvburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang untuk menghadiahkan bacaan Yasin buat ibu bapanya sambil ditemani oleh ibu saudara.

Baginya, didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya cukup sempurna sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka iaitu sebanyak 8A 1B dalam PT3. Menurut Faris, walaupun dia berasa terkil4n, dirinya tetap meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menghadiahkan keputusan berkenaan kepada mereka.

Faris juga memaklumkan bahawa dirinya tidak hadir ke sekolah selama dua bulan kerana patah kaki akibat kem@langan terbabit. Walaupun begitu, dia masih bersemangat untuk menduduki PT3 di Sekolah Menengah Sains Gua Musang.

Tambah remaja itu, dia terhutang budi dengan guru sekolah yang sanggup mengambil dan menghantarnya pulang ketika menjalani peperiksaan tersebut. Terdahulu, ibu bapanya iaitu Che Azmi Che Hamzah, 48, dan Nor Hayati Mohamed, 43 terlibat dalam kem@langan jalan raya pada 16 Ogos lalu.

Remaja hadiah 8A untuk arw@h mak ayah, bergegas ke pus@ra baca Yasin – Asian Media

Sumber : Harian Metro , Sinar Harian

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*