Netizan Perasan Tak Ada Jebat Jayden Dlm Foto Keluarga, Ini Jawapan Athisha Khan

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Athisha Khan memberi pencerahan mengenai ketiadaan Jebat Jayden Ahmad ketika majlis perkahwinan kakaknya dengan Pencetus Ummah (PU) Haris.

Menurut Athisha, 23, Jebat tidak dibawa sekali kerana dia tidak suka dengan persekitaran yang bising.

“Jayden dan Idrees mempunyai tempat untuk mereka bermain. Mereka berdua tidak suka berada di tempat yang bising,” katanya.

Athisha menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen menerusi foto keluarga yang dimuat naik di Instagram (IG), pada pagi Isnin.

“Di mana Jebat? Gambar yang terakhir pun tak ada,” tanya individu yang menggunakan nama @monaa.idris.

Pada Sabtu lalu, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Didakwa L4nggar SOP, Keluarga Neelofa Dipanggil Beri Penerangan 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan keluarga selebriti popular, Neelofa dipanggil memberi keterangan esok.
Ia berhubung isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan Sabtu lalu.

Mohamad Zainal berkata, selain daripada keluarga Neelofa, penganjur acara majlis pernikahan itu juga dijangka memberi keterangan bersama.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok bersama keluarga Neelofa.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung SOP.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Namun, satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*