“Memang Tak Ada Orang Panggil” – Menyepi Dari Dunia Hiburan, Ini Luahan Dan Keadaan Wahid Senario

Sebelum wujudnya program-program komedi masa kini, antara kumpulan pelawak yang menjadi fenomena pada ketika dahulu ialah Senario, yang dianggotai Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Yasin.

Senario merupakan salah satu nama yang besar dalam industri komedi tanah air yang sering menghiburkan kita menerusi komedi santai mereka.

Tampil dengan pelbagai rancangan dan filem komedi, penampilan bersahaja mereka mampu membuatkan peminat tidak kering gusi menonton.

Senario yang dahulunya dianggotai oleh Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Yasin antara pelawak yang masih diingati sehingga kini.

Terbaru, ada beberapa keping gambar Wahid dengan imej ‘alim’ dalam satu majlis ilmu telah tular laman sosial media.

Tersebar foto Wahid dengan imej ‘alim’ dalam satu majlis ilmu, di laman sosial media. Justeru ramai yang beranggapan bahawa pelawak tersebut sudah bersara dan berhijrah menjadi pendakwah.

Satu perkongsian yang telah di buat oleh Perak Gazette telah menjawab persoalan mengenai Wahid yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Senario itu.

Wahid turut mengulas, beliau memaklum memang dirinya sudah banyak menghabiskan masa di masjid, namun dia tidak pernah melupakan dunia hiburan.

Bercakap kepada media, Wahid memaklum memang dirinya sudah banyak menghabiskan masa di masjid, namun dia tidak pernah melupakan dunia hiburan.

“Saya lakukan ini kerana mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam”.

“Saya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang Islam tapi saya tetap seperti dahulu, sedia menerima tawaran jika ada yang sudi…”

Jelas pelawak yang kini menetap di Ipoh, Perak, dia mengakui kini jarang mendapat undangan apatah lagi keluar di kaca TV, mungkin kerana tidak aktif dalam mempromosikan diri di sosial media.

Ujar Wahid lagi, dia jarang mendapat undangan untuk membuat persembahan apatah lagi setelah menetap di Ipoh.

“Memang tak ada orang panggil. Saya pun senyap saja, saya tak aktif dalam media sosial, apabila kita tak promosi, tak ada orang jemput”.

Sering dijemput menjadi tetamu jemputan di majlis dakwah, Wahid jelas selesa dengan kehidupannya sekarang. Namun, tidak menolak jika masih ada tawaran berlakon untuknya.

“Berlakon? Itu memang saya nantikan. Memang saya suka. Tahap umur begini bukan tahap suka-suka, saya nak sampaikan kebaikan…”

“Ada duit, tak ada duit tetap tenang, rezeki Allah. Cuma kalau bank call, memang rasa pening jugalah.

“Kalau ada jemputan, adalah pendapatan. Isteri saya banyak membantu,” katanya.

“Sebelum bersama TV3 lagi, saya sudah lakukan macam-macam perkara untuk mencari rezeki tapi mungkin Allah tetapkan periuk nasi saya dalam bidang hiburan, jadi saya teruskan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Apabila disoal mengenai hubungan dengan ahli senario yang lain, Wahid menjelaskan mereka masih lagi berkomunikasi menerusi group WhatsApp dan memaklumkan bakal bertemu semula tidak lama lagi.

“Kali terakhir kami berjumpa pada 2016 atau 2017. InsyaAllah kami mungkin akan berjumpa semula tak lama
lagi…”

Jika menonton semula komedi Senario, memang tidak kering gusi dibuatnya. Ada masanya rindu mahu melihat kumpulan lawak lagenda ini bergabung semula seperti dahulu.

Sumber : Perak Gazzete & Wahid senario

Wahid Senario kini pendakwah?IPOH 28 Okt. – Ekoran tersebar gambar dalam media sosial imej ‘alim’ Wahid Senario dalam…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Oh my media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*