Madu Adira Berkongsi Luahan Perasaan Di Instagram Seolah-Olah Memberi Bayangan Rumahtangga Yang Tidak Bahagia

Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datin Red berkongsi luahan perasaan di Instagram Stories mengenai keadaan dirinya dan anak-anak.

Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim seolah-olah memberikan bayangan status itu berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

“Tak pernah rasa ses4kit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula.

“Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak.

“Mereka patut membesar dan belajar tentang kegembiraan dan kasih sayang, berbanding kebenci4n dan kesengsaar4an.

“Satu (ikatan) perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil,” tulis Datin Red.

Selepas memuatnaik status berkenaan, Datin Red turut berkongsi dirinya ditemani rakan baiknya berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.

Tulis rakannya yang memuatnaik keadaan dirinya berpakaian serba hitam di balai polis berkenaan; “Kalau hidup tak boleh menyenangkan, jangan menyusahk4n! Teruskan kuat.”

Untuk rekod, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin bersama penyanyi Adira tanpa pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Menerusi perkahwinannya dengan Adira, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Secara keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*