Wanita Snggup Beri Kmewahan Utk Suami Baharu, Beli Brmacam Brang Mahal, ‘Sy Sndiri Melamar Suami’

Tular satu video yang dikongsikan di aplikasi TikTok apabila wanita menunjukkan pemberian hadiah buat suami barunya.

Hadiah itu diberikan secara berperingkat iaitu basikal selepas bernikah, motosikal terpakai (enam bulan berkahwin) dan kereta terpakai (usia perkahwinan setahun).

Prkongsian itu bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang segelintir netizen yang berpendapat bahawa suami yang sepatutnya berbelanja untuk isteri.

Norhassila Mohd Yacob memberitahu, dia baru menyambut ulang tahun perkahwinan pertama selepas mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2020.

Wanita berusia 41 tahun itu berkata, ini merupakan perkahwinan keduanya selepas rumah tangga yang dibina selama 22 tahun sebelum ini berakhir dengan perpisahan pada September 2019.

” Selepas tiga bulan bercrai (perkahwinan pertama), saya keluar rumah sehelai sepinggang dari rumah atas nama bekas suami sebagai pemilik. Saya kemudian tinggal secara tidak tetap.

” Sehinggalah saya bertemu dengan seorang lelaki iaitu suami saya sekarang, dan kami memutuskan untuk berkahwin. Saya tinggal di rumahnya bersama ibu mentua selepas itu,” katanya kepada mStar sambil menambah suaminya kini berusia 40 tahun.

Lebih mesra disapa Syila, katanya, suaminya banyak memberikan sokongan terutama dari segi moral malah menerima dirinya seadanya yang berstatus jnda anak tiga.

Mengulas lanjut mengenai dirinya, Syila berkata dia mengusahakan butik baju pengantin selama 12 tahun namun perniagaannya terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu.

” Mula-mula PKP, bisnes butik saya habis lingkup, terpaksa tutup. Masa tu baru sebulan kahwin, saya terpaksa jual baju-baju pengantin preloved (terpakai) secara dalam talian.

” Tapi Alhamdulillah bisnes saya tetap berjalan walaupun perniagaan berkaitan perkahwinan memang terjejas teruk akibat PKP,” ujarnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Berkongsi cerita mengenai perkahwinan baharu, Syila memberitahu, sifat penyayang dan mengambil berat membuatkan dirinya terpikat pada suami.

” Suami saya tak ada apa-apa, sekadar buat kerja-kerja kampung. Tapi saya tertarik dengan sikapnya yang penyayang, menjaga ibunya berusia 75 tahun yang uzur di rumah.

” Sampaikan dia pernah kata dia sanggup tak kahwin kerana nak jaga ibu dia selagi hayatnya masih ada.

” Saya fikir, kalau dia boleh jaga ibunya dengan baik, dia juga boleh jaga saya dengan baik… jadi, saya sendiri yang melamar dia,” ujarnya.

Bagi wanita itu, sama ada suami mahupun isteri, sesiapa saja boleh keluar mencari rezeki sekiranya rumah tangga itu saling melengkapi.

” Saya bersyukur selepas berkahwin dengan dia, rezeki saya semakin murah. Suami banyak memberi sokongan kepada saya, malah dia turut menjaga anak bongsu saya berusia lapan tahun pada hujung minggu dan cuti sekolah, selain menjaga ibunya.

” Bekas suami meninggal dunia pada Oktober 2020, jadi anak-anak saya jadi anak yatim. Walaupun anak tiri, suami saya anggap mereka seperti anak sendiri,” tambahnya.

Sehubungan itu, Syila menjelaskan bahawa rezekinya hasil bisnes dalam talian itu seharusnya dikongsikan bersama dengan suami yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

” Saya akui dulu saya gagal dalam perkahwinan pertama atas sikap saya sendiri. Tuhan mengajar saya menerusi musibah dan menyedarkan saya jangan hidup terlalu selesa.

” Pengalaman lalu mengajar saya supaya menghormati suami. Saya bangkit dari kejatuhan dengan bantuan dia, jadi pemberian segala benda seperti motosikal dan kereta itu hanya kecil untuk membalas jasanya yang begitu besar,” katanya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*