“Pengantin siap face shield lagi” – Netizen Bandingkan Wedding Anak Kris Dayanti Dengan Artis Malaysia Sebab…

Perkahwinan anak Kris Dayanti dan Anang Hermansyah, Aurelie Hermansyah bersama pasangannya, Atta Halilintar adalah antara yang dinanti-nantikan peminat industri hiburan Indonesia.

Semalam, pasangan ini telah dinikahkan oleh Anang di Hotel Raffles, Setabudi, Jakarta Selatan. Lebih istimewa, majlis resepsi mereka dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo yang turut menjadi saksi pernikahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Majlis meriah itu mendapat perhatian sehingga ke Malaysia dan ramai netizen yang memberi komen masing-masing selepas gambar perkahwinan pasangan berkenaan viral di Twitter.

Melalui tweet tersebut, netizen memuji kerana majlis itu mengikut SOP ditetapkan di mana Pak Jokowi, tetamu dan pengantin juga dilihat memakai face shield sepanjang masa terutamanya ketika bergambar.

Rata-ratanya turut membandingkan majlis perkahwinan pasangan selebriti Indonesia itu dengan majlis diadakan artis di Malaysia. Netizen memuji kerana pasangan itu dan Rata-ratanya turut membandingkan majlis perkahwinan pasangan selebriti Indonesia itu dengan majlis diadakan artis di Malaysia. Netizen memuji kerana pasangan itu dan ibu bapa pengantin perempuan yang juga merupakan selebriti terkenal menggunakan pengaruh mereka untuk influence rakyat dengan menunjukkan contoh yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menegur cara penganjur majlis scan suhu tetamu di bahagian tangan, bukan di dahi. Ada  yang berkata, di Indonesia juga terdapat isu ‘double standard’ di mana orang kaya mudah untuk mendapat kelulusan membuat majlis.

Beberapa gambar menunjukkan rakyat biasa mengadakan majlis perkahwinan di mana pengantin sendiri turut mengikut SOP memakai pelitup muka walaupun ketika bergambar di pelamin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*