Tauke Cina Sponsor Separuh Kos Pekerja Pergi Umrah Dan Selalu Panggil Budak Tahfiz

Satu Dalam Sejuta

” Saya tidak solat kerana bukan lsIam, namun saya wajibkan mereka patuh dengan ajaran agama mereka.”

Itu kata-kata seorang pemilik perniagaan non-muslim dan berbangsa Cina yang tular di media sosial dan disifatkan oleh warganet sebagai ‘lebih lsIam dari orang lsIam’ sendiri.

Mewajibkan solat lima waktu dan berpuasa sepanjang Ramadan antara yang ditekankan pemilik Link Holders Packaging kepada pekerjanya walaupun beliau bukan beragama lsIam.

Lebih menakjubkan, Gan Leong Piow, 72, turut mengadakan solat hajat setiap tahun di kilangnya yang bertempat di Pengkalan Chepa, selain mewajibkan pekerja wanita berpakaian menutup aurat.

Malah, kesemua 55 pekerjanya adalah Melayu dan prinsip yang dipegang sejak mula berniaga 42 tahun lalu itu masih sama, iaitu hanya mengambil pekerja Melayu walaupun terdapat permintaan daripada bangsa lain.

Disebabkan sifatnya itu, tidak hairahlah bapa kepada empat cahaya mata itu digelar ‘Haji Ghani’ di kalangan rakan-rakannya selain kepetahannya menggunakan loghat Kelantan.

Gan yang mengusahakan minyak masak dan gula itu berkata, sejak mula membuka perniagaan 42 tahun yang lalu, dia sudah berazam hanya mengambil pekerja Melayu sahaja bagi memastikan keselesaan pekerja supaya tidak bercampur.

” Peraturan saya tetapkan juga sudah sebati di kalangan pekerja iaitu setiap kali Ramadan diwajibkan berpuasa dan mesti solat segera sebaik masuk waktu, walaupun ketika itu sedang sibuk.

” Saya menyediakan bilik khas solat berasingan untuk pekerja lelaki dan perempuan bagi memastikan mereka tidak meninggalkan solat.

Marah kalau pekerja tak solat dan selalu buat solat hajat

” Tak boleh, tak boleh (mengadu). Sembahyang paling mustahak, you kena pergi sembahyang.

” Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa).

” Di kilang saya juga tidak dibenarkan membawa masuk benda har4m. Disebabkan itu setiap tahun kami akan mengadakan solat hajat supaya dipermudahkan segala urusan kami,” katanya ketika ditemui di kilangnya.

Beliau berkata, bagi memastikan tiada jurang antara pekerja dan majikan, dia tidak membenarkan pekerja memanggilnya dengan gelaran ‘bos’ sebaliknya meminta mereka hanya memanggil ‘uncle’ tidak kira pekerja muda atau tua.

” Hampir kesemua pekerja sudah bekerja dengan saya berbelas hingga puluhan tahun kerana saya yakin mereka selesa dengan pendekatan saya.

Sponsor separuh kos pekerja pergi umrah

” Saya tidak pernah berkira dengan pekerja dan setiap pekerja yang mahu mengerjakan umrah, semestinya saya akan menyumbang 50 peratus daripada kos keseluruhan

” Memang saya tidak pernah sampai ke Makkah, namun duit saya sentiasa sampai di sana,” katanya sambil berseloroh.

Menyifatkan kehidupannya sebati dengan orang Melayu kerana hampir kesemua rakannya juga Melayu, Gan berkata, sebarang pertolongan atau sumbangan yang dihulurkan tidak mengira kaum dan agama.

” Orang lsIam datang jumpa saya untuk siapkan rumah, saya bantu.

” Orang minta sumbangan pembinaan masjid, saya hulur dan mereka yang meninggI dnia di Makkah beberapa tahun lalu akibat kren tumbang, saya juga bantu.

” Kenapa perlu saya bantu orang Cina saja? Orang Melayu pun sama juga dengan kami dan apa yang membezakan hanya agama sahaja.

” Bagaimanapun tahun ini agak berbeza kerana tidak mampu membuat solat hajat disebabkan COVlD-19.

” Selalunya saya akan memanggil imam dan budak tahfiz untuk program berkenaan setiap tahun,” katanya yang syarikatnya turut dibantu isteri dan tiga anak.

Beliau yang berasal di Kampung Atas Paloh mengakui sentiasa menjadi perhatian dikalangan orang ramai kerana sikapnya yang sentiasa memberi salam, namun tindakannya itu sudah sebati bukannya semata-mata untuk menarik perhatian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*