‘Mak cik petir’ meninggal dunia. Rupanya dah lama s4kit

Johor Bahru: Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Cik Petir’ telah menghembuskan n4fas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya dalam hantaran berserta gambar.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.

Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami j4ngkitan kum4n pada paru-paru.

Noryati menjalani pembed4han akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Namun, pelakon itu mengalami sesa.k nafas sehari kemudian hingga keadaannya kr.itikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.

Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik anak saudaranya Shahrulezad Mohammeddin.

p/s: Sama-sama kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

sumber: hletro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*