“Mereka Bakal Malu Untuk Berpakaian S3ksi” – Abby Abadi

Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa cara bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan diri dalam aspek penjagaan aurat.

Jelas Abby, setiap daripada anak-anak wajib didedahkan dengan didikan agama sejak diperingkat bayi lagi bagi memupuk rasa cinta dan sayang mereka terhadap Allah S.W.T. serta cerminan ibu bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak baby lagi. Ada yang tanya pada saya macam nana saya didik anak-anak perempuan boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.

“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi.

“Bagaimana caranya? Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Abby turut menasihati para ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan cara pemakaian yang sopan agar perkara tersebut menjadi kebiasaan

“Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yang keterlaluan.

“Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi.

“Menutup aurat /Bertudung boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah tapi jangan terlalu memaksa,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, Allah akan sentiasa permudahkan jalan sekiranya para ibu bapa tidak berhenti berusaha untuk memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka

“Paling penting, hantar ke sekolah yang baik dan memberi pendidikan dunia akhirat juga.

“Sebab akan jadi rutin anak-anak bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad & ISLAM. Akan terbentuklah peribadi Umat Muhammad.

“Inshaallah bila kita usaha sebaik dan semampu kita, ALLAH akan permudahkan dan bagi jalan,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa syukur selain turut berterima kasih buat Abby diatas perkongsian tersebut.

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercer4i pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang pada tahun 2019, namun men1nggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Sumber: Instagram Abby Abadi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*