Notis Rentas Negeri Yang Tular Itu Diperketat Akibat Selebriti dan Instafamous. Sekali Sharnaaz bersuara.

Susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab golongan selebriti, instafamous dan malaun-walaun yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri semakin kerap berlaku di negara ini, polis telah mengeluarkan peraturan baru bagi mereka yang memohon kebenaran merentas negeri.

Berdasarkan gambar notis di sebuah balai polis yang tersebar di media sosial baru-baru ini, pemohon perlu menunjukkan bukti aktiviti setiap hari, selain menyertakan dokumen-dokumen lain seperti kad pengenalan dan dokumen sokongan untuk rentas negeri.

“Ekoran daripada isu instafamous, selebriti dan artis yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri yang diberi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemohon wajib menunjukkan bukti aktiviti setiap hari dalam permohonan.

“Sebagai contoh, jika tiga hari, nyatakan aktiviti dalam tiga hari tersebut,” kata kenyataan dari notis itu.

“Permohonan hanya membawa salinan kad pengenalan sahaja semata-mata tidak dibenarkan, wajib mempunyai dokumen sokongan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, pegawai polis yang bertugas diarahkan perlu lebih teliti semasa mengeluarkan borang rentas negeri.

Sejak kerajaan mula melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menetapkan perjalanan merentas negeri memerlukan kebenaran dari pihak berkuasa, ramai yang mula mengambil kesempatan untuk merentas negeri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Terutamanya di kalangan individu popular, instafamous, selebriti, orang ternama dan yang sewaktu dengannya dalam kategori ‘orang kayangan’ yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Pelakon Sharnaaz telah memuat naik IG sory  seolah tidak berpuas hati kerana artis dan instafamous ditivduh menjadi punca prosuder rentas negeri di perketatkan

“Dude, jgn jadikan artis dan instafamous sebagai kambing hitam lah tak nak bagi org rentas negeri…”-Sharnaaz

KETUA POLIS CHERAS JELASKAN NOTIS TENTANG RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN KERANA SELEBRITI DAN INSTAFAMOUS TELAH DITURUNKAN

KUALA LUMPUR – Notis ditampal di sebuah balai polis di sini yang menuntut alasan serta bukti kukuh diperlukan untuk permohonan rentas negeri selain bukti aktiviti setiap hari dipohon berikutan kejadian melibatkan instafamous telah diturunkan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bagaimanapun tidak menyatakan sebab notis itu diturunkan, namun menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

“Semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan harus menunjukkan bukti, baik untuk pekerjaan atau hal-hal lain.

“Pegawai saya telah diingatkan bahawa mereka yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak hanya mengeluarkan izin sesuka mereka,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pada 12 Mac lalu juga, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri instafamous (pensohor media sosial) yang didapati menyalahgunakan permit rentas negeri untuk tujuan berbulan madu.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*