Kisah Lata Kare Kini Diadaptasi Ke Filem

Pada tahun 2016, nama seorang nenek berusia 67 tahun menjadi sebutan dunia hanya kerana berlari dengan memakai sari dan berjaya menewaskan pelari jarak jauh lebih muda daripada usianya.

Biarpun kesihatan beliau sendiri bukanlah dalam tahap yang memuaskan, Lata Kare tetap nekad untuk berlari hanya kerana mahu menyelamatkan suaminya yang sakit dan kos rawatannya menelan belanja sehingga 5,000 rupee (RM282.10).

Buntu memikirkan daripada mana beliau mahu mendapatkan wang sebanyak itu, salah seorang jirannya memberitahu ada satu acara larian yang menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah yang beliau perlukan.

Dengan semangat tekad mahu menang untuk biayai kos rawatan, Lata Kare terus mendaftar dan berlari dalam pakaian sarinya. Sanggup merayu kerana pendaftarannya ditolak, Lata Kare akhirnya dibenarkan menyertai.

Siapa sangka biarpun berlari tanpa pakaian yang sesuai, malah tanpa kasut di kaki (berkaki ayam), Lata Kare menjadi orang pertama yang berjaya menamatkan larian.

Pada ketika itu, beliau menjadi tumpuan media dan semasa ditanya apa yang membuatnya menjadi begitu bersemangat dan bertenaga, Lata Kare menjawab, “bersama larian saya, saya membawa nyawa dan harapan suami saya.”

Kisah ini menjadi insprasi kepada ramai pihak supaya jangan berputus asa biarpun pada ketika itu ujian yang menimpa sangat susah untuk diterima akhirnya diadaptasi ke dalam filem Lata Bhagwan Kare.

Tonton trailer filem ini di pautan bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*