Kongsi Video ‘Malam Pertama’ Di Youtube

Atta Halilintar, Youtuber terkenal di Indonesia telah sah bergelar suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2020 yang lalu. Pernikahan anak perempuan pasangan penyanyi Anang Hermansyah dan Krisdayanti bukan sahaja mencuri tumpuan ramai peminat di Indonesia bahkan turut di Malaysia juga. Terbaru, nama pengantin baru ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas Atta Halilintar memuat naik klip video ‘malam pertama’ bersama isteri di akaun Youtube miliknya.

Memetik laporan Suara.Com, Youtuber terkenal ini dipercayai telah memuat naik sebanyak empat sedutan video menceritakan tentang kisah ‘malam pertamanya’ bersama isteri. Antara video tersebut adalah “Malam Pertama Atta Aurel“, ”Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman“. Seterusnya, “Malam Pertama Aurel di Rumah Atta” dan yang terakhir adalah “Buka Kado Malam Pertama Atta Aurel dan Ibu Jokowi”. 

Berdasarkan video pertama yang dimuat naik Atta Halilintar memaparkan dia dan isteri berjalan memasuki sebuah bilik yang sudah dihiasi dengan taburan bunga mawar di atas katil. Pasangan ini sempat merakam ‘aksi’ mereka berbaring dan berehat di atas katil. Selain itu, Atta dan isteri turut merakam aktiviti mereka pada keesokan paginya seperti mengemaskan diri dan makan bersama.

Perkongsian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan pasangan ini yang disifatkan terlalu ‘terbuka’.

Bukan itu sahaja, Ketua Nahdlatul Ulama Pa­pua, Fritz Haryadi dari pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) turut terpanggil untuk memberi ‘teguran’ kepada pasangan ini. Menurut, Fritz Haryadi, meskipun video yang dimuat naik Atta itu bukanlah berunsur pornografi tetapi ianya dianggap memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

Dengan subscribers yang rata-ratanya remaja sekolah, Atta Halilintar memuat naik video malam pertamanya. Lima juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ia adalah sesuatu yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kini.

Difahamkan, sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 6 juta tontonan dan menerima hampir 33 ribu komen dari netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*