“Bila Anak-anak Dah Besar, Nampak Macam Sikit Pula..”

Sebut je nama Jozlynn pasti tidak asing lagi dalam industri hiburan. Nama tersebut digabung antara suami isteri Johan dan Ozlynn Wati. Johan merupakan seorang raja lawak yang pernah digadingkan bersama Zizan Razak dengan nama Jozan. Ozlynn pula merupakan pelakon, pengacara dan juga pengurus kepada suaminya.

Keluarga mereka sering menjadi contoh kepada ibubapa lain kerana didikan agama yang kuat walaupun bapanya seorang yang kuat menyakat tapi bila dnegan anak-anak dia merupakan seorang yang tegas dan bertanggungjawab sama juga dengan isterinya Ozlynn.

Terbaru Ozlynn ada memuatnaik satu video menunjukkan anak perempuan Chantiq mengasuh adiknya Moleiq. Ujar Ozlynn Chantiq boleh diharap untuk menjaga adiknya tapi tidak jika masing-masing sibuk dengan mainan.

“Teman baik teman gaduh, yg penting depa sayang each other.. kakak mmg boleh diharap kalau mintak tlg jaga adik.. tp kalau masa main toys haaa yg tu boleh buat bergasak jugak sb adik selalu nk apa yg kakak pegang.. x kisah la sayang.. asalkan perasaan sayang tu lebih kuat antara korg, InsyaAllah smp besar nnt korg akan sentiasa bersama susah senang.. bila tgk memasing dh besar rasa mcm sikit plak anak🤣🤣.. tp bila time dorg sume bergasak tetibe trus rasa mcm ada bukak taska dlm umah sendiri🤣🙈🥰”

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

 

KOMEN NETIZEN:

Pasangan ini mendirikan rumahtangga sebelum menjadi selebriti lagi. Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, dan Moleiq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : instagram @jozlynnhanania Via MV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*