“Duriankimchi Junior Bakal Menyusul!”

Instafamous Ryzal pamer rasa bersyukur selepas dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya isterinya, Maryam Yun Nae hamil anak pertama mereka.

“Maryam Hamil 3 Bulan!
Ryzal berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram mereka @duriankimchi.
“Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.
“Duriankimchi Junior bakal menyusul,” kongsinya.
Menerusi entri tersebut, mereka memuat naik video Ketika pertama kali Maryam memberitahu Ryzal mengenai berita gembira tersebut.
“Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
Ryzal dilihat pada mulanya tidak percaya kerana Maryam seringkali membuat ‘prank’ dan bergurau.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Pasangan tersebut mula popular selepas Ryzal mengahwini Maryam warga Korea dan mereka muncul dengan banyak video lucu apabila Ryzal memperkenalkan bahasa dan budaya Melayu kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Sumber : Astro Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*