“Macam Gabenor Duit Kertas…”

Di media sosial pun ramai yang turut menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai dan saudara mara.

Hujung minggu lalu, ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan sebelum bulan Ramadan yang menjelang hari ini.

Pasangan warga emas itu dikatakan bertemu jodoh dan memilih untuk melangsungkan hari persandingan mereka baru-baru ini.

Tidak ketinggalan, pasangan pengantin warga emas ini yang mencvri tumpuan ramai apabila tampil segak bergaya di hari perkahwinan mereka.

Video hari persandingan itu juga turut menarik perhatian ramai di mana kedatangan pasangan pengantin ini diraikan oleh saudara mara yang hadir.

Rata-rata netizen turut memberikan pujian melihat ketampanan pengantin ini menggayakan pakaian tradisional ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pengantin warga emas itu dilihat baru saja turun dari kenderaan mewah berwarna hitam.

Sebaik saja turun dari kereta, pengantin lelaki itu berarak menuju ke pengantin perempuan yang sudah sedia menunggunya di situ.

Kedua-dua pengantin kelihatan begitu segak dan menawan dengan persalinan tradisional itu.

Bukan itu sahaja, pengantin lelaki itu juga turut dikatakan salin tak tumpah dengan potret yang terdapat pada wang kertas Ringgit Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji penampilan segak pengantin warga emas ini di hari persandingan mereka.

Malah, netizen turut menitipkan doa semoga hubungan yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat.

“Pak cik macam dalam duit kertas tu lah..”

“Syukur kadang-kadang orang tua dipertemukan jodoh…”

“Segak macam Almarhum Sultan Abdul Halim.”

“Macam gabenor duit kertas pulak…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*