Mnteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi penjelasan susulan tularnya satu video memaparkan beliau menaiki pesawat mewah ketika lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Mnerusi satu bebenang di Twitter, Zulkifli berkata lawatan kerjanya ke negara tersebut yang bermula Jumaat lalu, ditaja sepenuhnya Liga Muslim Sedunia (MWL).
” Saya menaiki penerbangan Saudia Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain.
” Penerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya oleh MWL.
” Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah.
” Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan,” katanya.
Tambah Zulkifli, semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang lawatannya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja sepenuhnya oleh MWL.
” Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada kerajaan Malaysia.
” Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyaI.ahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana atau menuju ke sana adalah tidak benar,” ujarnya.
Dr Zulkifli bersama Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
Zulkifli dalam masa yang sama berkata beliau sangat menghargai tindakan beberapa pihak yang meminta kepastian daripadanya dahulu sebelum membuat tudvhan.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata beliau memaafkan pihak yang membuat andaian berbaur f1tnah terhadapnya.
” Saya maafkan tudvhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.
” Saya doakan semoga Ramadan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredai-Nya,” ujarnya lagi.
Penjelasan ini dibuat selepas video berdurasi hampir seminit memaparkan Zulkifli dan delegasinya berada dalam sebuah pesawat mewah ketika mengadakan lawatan ke Saudi tular.
Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen di mana ada yang melemparkan tudvhan mengaitkan lawatan tersebut dengan wang rakyat.
Terdahulu Dr Zulkifli tiba di Madinah semalam bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).
Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dari Riyadh disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL Mohammed bin Said Al-Majdouie.
Zulkifli dijangka mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.
Beliau juga dijangka mengadakan program ramah mesra bersama pelajar di Universiti Islam Madinah sebelum berangkat ke Makkah.
Di Makkah, Zulkifli dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Issam bin Saad bin Saeed.
Lawatan yang bermula Jumaat lalu hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.
Zulkifli sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung MWL Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa bagi meneruskan kerjasama hal ehwal Islam dan pertukaran kepakaran dalam menangani isu ancaman ekstr3misme dan fahaman kegan4san.
Sumber:mstar
Leave a Reply