Kerja Kuat Pun Untuk Apa?

PETALING JAYA – Belum berkeluarga sendiri bukan alasan untuk Azar Azmi tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Menurut pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Nur 2 itu, jika dahulunya dia bekerja keras untuk membantu dan memenuhi segala keperluan ibu bapa, kini semua tanggungjawabnya tidak terhenti biarpun mereka telah men1nggal dvnia.

Azar sebaliknya tetap bekerja keras kerana enggan membiarkan adik-beradiknya hidup dalam kesvsahan.

Azar menjawab persoalan sering diajukan segelintir pihak tentang keperluannya untuk bekerja keras mencari rezeki dengan berlakon dan gigih berniaga, sedangkan tiada k0mitmen terhadap anak atau suami.

“Apabila seseorang bertanyakan kepada saya. Kau kerja kuat sangat untuk apa? Ini adalah persoalan terbesar saya,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, sebelum ini dia harus memenuhi impian ibu bapa, namun kini tanggungjawabnya beralih pula kepada adik-beradiknya.

“Dahulu saya kerja untuk bagi atau belikan apa sahaja untuk arw4h ibu bapa saya. P4ntang dengan mereka nak apa-apa, mesti saya bagi. Minta RM150 Saya bagi RM300. Minta RM300 saya bagi RM600.

“Minta sehelai baju, saya bagi tiga helai baju. Minta kain baju raya kosong saya bagi yang ada batu Swarovski. Alhamudlillah sempat gembirakan mereka walaupun sekejap dan tidak seberapa,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*