“Berkawan Rapat Dengan Da’i Syed..” Ryan Deedat Terima Tegvran Daripada Pengikut, Minta Jauhkan Diri

Menurut Ryan atau nama sebenar Sheikh Eamir Deedat,29, dia menerima beberapa mesej dan komen daripada netizen di laman sosial yang memintanya tidak lagi menjalinkan persahabatan dengan selebrii itu.

Gara-gara berkawan baik dengan Da’i Syed, penyanyi Ryan Deedat mengakui turut menerima tempias  dan kontroversi membabitkan pendakwah muda itu.

“Memang ada yang mesej saya bertanya kenapa saya berkawan dengan dia.. cerita hal yang bukan-bukan tentang Syed dan sebagainya, tapi saya okay sahaja baca pandangan netizen itu.

“Memandangkan kami agak rapat sejak setahun lalu, jadi sedikit sebanyak memang memberi tempias kepada saya… bagi saya terpulanglah mereka nak komen apa pun sebab masing-masing ada pandangan sendiri.

“Saya rasa kalau mereka peminat saya, mereka lebih tahu keperibadian saya dan macam mana saya layan semua orang. Lagipun hubungan saya dengan Syed rapat kerana urusan kerja dan penghasilan lagu,” katanya.

Ryan Deedat ditemui semasa pelancaran single baharu, Kene Sidai nyanyianya bersama Killa Driz dan Heil Nuan di Bubblebee, The Strand, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Untuk rekod, Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berdepan dengan pertuduhan melakukan s3ks luar tabii dan mencabvl seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan k3s tersebut masih berjalan di mahk4mah sehingga kini.

Meskipun Syed terpalik dengan kontroversi P4nas, Ryan berkata dia selesa dan senang menjalinkan kerjasama dengan pendakwah bebas itu.

Dalam masa sama, dia turut menafikan dkwaan kononnya menumpang populariti penyanyi lagu Albi Nadak dan Ya Habib itu.

“Nak cakap saya menumpang populariti itu memang tidaklah.. tapi saya akui ada segelintir netizen mula mengikut saya di media sosial selepas mengetahui saya berkawan dengan Da’i Syed.

“Sebagai sahabat, sudah pasti dia ada berkongsi pengalaman dan perasaannya sebelum ini. Saya hanya mampu berikan sokongan dan kata-kata semangat.. hal dalaman yang dilalui saya tak tahu, cuma saya selalu bercakap dengannya benda yang positif.

“Sebenarnya bukan Syed sahaja, saya kerap juga buat live di Instagram berkongsi perkara yang baik dengan pengikut menerusi program Sidai Talk. Kita nak beri semangat untuk semua supaya tak mudah berputus asa selepas diuji dengan pelbagai dugaan,” ujarnya.

Bercakap mengenai Kene Sidai, Ryan berkata idea penghasilan lagu itu tercetus selepas pertemuannya dengan penyanyi baharu Heil Nuan.

“Idea lagu ini muncul semasa saya dan Heil berada di studio dan kami ambil keputusan untuk buat lagu ini berlandaskan pengalaman sendiri dan rakan-rakan.

“Dalam kehidupan ini pasti kita ada rasa tak puas hati apabila terpaksa membuang masa untuk sesuatu perkara. Alhamdulillah sambutan pendengar semuanya baik-baik sahaja dan mereka suka lagu ini,” katanya.

Kene Sidai merupakan hasil ciptaan Adam Armin, Yusuff Khan dan Heil Nuan, manakala lirik oleh Heil Nuan, Ryan Deedat, killa Driz dan Adam Armin.

Lagu ini sudah dilancarkan di semua platform digital dan muzik video (MV) boleh ditonton di laman Youtube Indigital Music.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*