“Mak Tak Campur Tangan, Kalau Gadvh Pun Tak Tahu” – Fizo Jawab lsu Anak Emak, Tapi Yang Sebaiknya Duduk Sekali Atau Lebih Baik Asing?

Beberapa tahun lalu, k3s pencer4ian pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya Mawar Karim menjadi bualan ramai.

Tambahan pula dengan ‘cakap-cakap’ netizen yang mend4kwa punca perpis4han Fizo adalah kerana terlalu melebihkan ibu.

Menerusi episod kelapan Borak Kelamin yang akan ditayangkan pada malam ini, Fizo secara eksklusif memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Video :

“Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau belah Mawar.

“Tapi mungkin bila kita ambil pendekatan untuk berdiam diri, jadi keluarlah macam-macam spekulasi.

“Jadi pada saya tak perlu saya menjawab, tak perlu saya mengiya dan menidakkan, biarlah benda itu antara rahsia saya dan mawar.

“Bagusnya saya dan Mawar terus berdiam diri tanpa membuka pekung atau membuka aib mana-mana pihak. Sebab semua orang ada salah semua orang ada kebaikan dia.

“Jadi nak buat assumption… Terpulang pada orang dan pada saya, kami lebih tahu apa yang berlaku,” tegasnya.

Jelas Fizo lagi, ibunya juga tidak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan hal rumah tangga mereka.

“Mak saya tak pernah campur tangan, jenis yang diam dan tak ambil tahu. Jika kami bergaduh pun mak tidak tahu.

“Pada mulanya saya simpan, tetapi bila duduk serumah ni orang tua, dia lebih makan garam, lebih tahu dan syak. Jadi kalau boleh cuba elakkan.

“Macam saya, saya cuba elakkan. Saya tak akan cerita sebab bila kita cerita, kita tengah panas tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.

“Jika ingin bercerita atau perlukan seseorang untuk berkongsi sebaik-baiknya biarlah reda dahulu, fikir positif. Boleh nak bercerita tetapi pada pandangan saya biarlah sejuk dahulu.

Untuk info, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Fizo dan Mawar kemudiaannya bercerai pada 10 Julai 2019 selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Gempak & ig Fizo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*