“Panda Yang Lawa!” Kongsi Foto Puc4t, Peminat Tetap Nampak Kecantikan Pada Wajah Izara Aishah

Pakai make up atau tidak, setiap wanita tetap memiliki kecantikan mereka yang tersendiri dan disebabkan itu ada sesetengah daripada kaum wanita tidak kisah jika mahu kongsikan foto wajah tanpa alat solek.

Begitu juga dengan pelakon cantik manis, Izara Aishah turut tidak kisah untuk memuat naik fotonya tanpa memakai make up sekali pakej eyebag.

Walaupun tanpa make up tetapi ibu kepada seorang cahaya mata itu tetap nampak cantik!

Lebih melucukan lagi apabila Izara turut menggelar dirinya sebagai ‘panda’ kerana eyebag yang dimiliki olehnya itu.

Foto yang dimuat naik oleh Izara telah mendapat perhatian peminatnya yang turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh pelakon drama Dia itu.

Sebelum ini pun Izara sering kongsikan fotonya tanpa make up dan itu bukan lah perkara luar biasa baginya.

Mungkin dengan perkongsian Izara ini dapat memberi semangat kepada kita untuk terus rasa yakin dengan diri sendiri walaupun tanpa secalit make up di wajah.

Jangan rasa rendah diri okay guys, kita semua cantik!

Sumber foto: Instagram Izara Aishah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*