TuIar Vldeo Lan Pet Pet PukuI Orang, Sekali Ini Reaksi Mengejvt Dari Saiful Apek

Pelawak dan pelakon Saiful Apek mengakui tidak tahu menahu mengenai kontr0versi yang melibatkan rakan baiknya, Lan Pet Pet yang tul4r sehinggalah diberitahu oleh pihak lain.

Apek berkata, dia juga tidak menghubungi sahabatnya itu untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.

“Saya tahu mengenai cerita tersebut pun selepas diberitahu orang lain.

Saya juga tidak menghubungi dia sebab saya kenal sahabat saya.“Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa.

Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui.

“Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatvh hukvm’.

“Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga.

Sejak dulu pun kalau salah seorang dit1mpa mas4lah atau kontr0versi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya kepada Gempak.Tambah Apek, sepanjang mengenali Lan Pet-Pet, sahabatnya itu bukan seorang yang pan4s bar4n atau cepat melent1ng.

“Mungkin ada sesuatu yang trigger dia bertindak di luar kawalan. Sebab saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh haters.

“Tetapi saya berjaya managed dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.

“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang kh1laf.

Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya.

Apek ditemui pada Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi malam tadi (Selasa).

Pada malam Ahad lalu video Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tul4r di media sosial.

Menerusi v1deo yang dirakam pengguna jalan raya, pelawak dan pelakon popular itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

 

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*