‘Besarnya Rumah Dah Macam Istana, Siap Ada Zoo Mini Lagi’ – Afieq Shazwan Tayang Banglo 3 Tingkat

Beberapa hari lalu heboh di media sosial apabila penyanyi Afieq Shazwan mendedahkan bahawa dia banyak menerima mesej di laman sosial daripada peminat yang melarangnya untuk berkahwin memandangkan dia masih muda.

Bukan itu sahaja, Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros turut mengakui terdapat segelintir peminat yang kurang senang melihat dia mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi Wani Kayrie.

” Kalau jodoh saya dengan Wani, dia pun masih muda dan belum habis belajar lagi. Sebenarnya ada sahaja saya terima DM daripada peminat yang suka saya dengan Wani tapi ada juga yang tak suka.” kata Afieq.

Namun disebalik gosip tersebut, kisah mengenai Afieq Shazwan pernah menjadi tumpuan sebelum ini apabila banglo 3 tingkat milik keluarganya yang dalam pembinaan meraih perhatian ntizen.

Lebih mengejutkan, beliau memberitahu dia memiliki sebuah zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan.

Menurut Afieq, 24, salah satu haiwan peliharaan kesayangannya ialah seekor kuda betina yang diberi nama Solidad.

” Saya ada bela seekor kuda bernama Solidad. Saya memang jaga dia dari kecil dan sekarang dah berusia 14 tahun.

” Dulu kalau petang-petang saya akan bawa dia pusing-pusing di padang berdekatan. Cumanya sekarang dah sibuk susah nak bawa keluar selalu.

” Selain itu, saya ada sepasang kuda padi, kecil sahaja dan nampak comel tapi dia ganas sikit,” katanya dipetik sebagai berkata.

Afieq ditemui semasa sesi rakaman program Bizibody di kediamannya di Klang, Selangor, sebelum ini.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga Big Stage ini memberitahu kuda memerlukan penjagaan rapi daripada sudut makanan dan kebersihan.

” Makan tak boleh sebarang, ada amaun untuk diberi, sebab kalau terlebih makan, jadi obesiti.

” Kandang pun kena selalu dibersihkan supaya ia sentiasa sihat. Haiwan ini istimewa kerana ia ada mood yang susah nak jangka sebab tu kita kena pantau selalu,” ujarnya.

Selain kuda, Afieq juga memelihara beberapa jenis haiwan yang lain antaranya rusa, kambing, lembu, llama, burung unta, ayam dan banyak lagi.

Dalam pada itu, wartawan yang hadir untuk menemubual Afieq turut teruja melihat rumah banglo 4 tingkat Afieq yang kini dalam proses pembinaan.

” Nanti kalau dah siap mungkin kita akan buat kenduri atau majlis kesyukuran..ini pun rasanya hujung tahun depan baru siap ni” kata Afieq.

Fakta Menarik

1) Pemilik nama sebenar Muhammad Shafieq Shazwan bin Zamros ini dilahirkan pada 5 September 1997 di Kampung Jawa, Klang, Selangor.

2) Aktif sejak tahun 2008 iaitu kemunculan dalam program realiti Idola Kecil musim pertama di usia 11 tahun sehingga berjaya bergelar antara finalis akhir.

3) Kemudiannya beliau terpilih menjejakkan kaki ke Pentas Mystarz Oolala, juga tersenarai sebagai peserta peringkat akhir.

4) Pernah memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil dalam pementasan Teater Tun Mahathir 1 dan 2, sebuah teater yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia, berlakon di sisi pelakon ternama, Erra Fazira dan Zizan Nin.

5) Selain itu, beliau juga aktif membintangi drama dan siri televisyen, antaranya Idola Kecil Cindarella Stories, Idola Kecil The Series, Dunia Eicak, Elly & Epit dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

6) Pada tahun 2017, beliau memaklumkan sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma Perniagaan dan Pengurusan di Management and Science University (MSU), Shah Alam.

7) Pada awal 2018, Afieq melancarkan single berjudul ‘Seandainya’ ciptaan sepenuhnya oleh Gouffran dan Sang Hitam dan sehingga kini ia telahpun meraih lebih 520,000 tontonan untuk video lirik dan lebih 270,000 tontonan untuk video muzik rasmi di laman Youtube.

8) Pada Ogos 2018, beliau menyertai program realiti terbaru terbitan Astro berjudul Big Stage, bersaing dengan sembilan penyanyi muda terkenal iaitu Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Andi Bernadee, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*