“Satu Salon Tergelak Besar Bila Amoi Confident Gunting Macam Perempuan, Tapi Sebenarnya Anak Lelaki

Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberikan perhatian oleh ibu bapa untuk memastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya.

Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.

Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki.

Comel sungguh kanak-kanak tersebut

Bila anak potong rambut

Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.

Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan.

lni memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.

Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situas kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.

Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome.

Sumber : keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*