Suami Maembong Tunjuk Pengorbanan Seorang Ibu Dengan Kongsi Video Saat Melahirkan Gabriel

Emma Maembong melahirkan zuriat pertamanya itu pada tarih 8 November yang lalu di sebuah pusat perubatan swasta.

semalam bersempena hari ibu,suami Emma Maembong telah berkongsi detik-detik melahirkan anak sulung mereka.

Rata-rata yang melihat video tersebut pasti akan berasa seb4k dengan melihat kes4kitan yang dilalui Emma.

happy first mothers day to u my love

Link Video :  Shazli.a

KOMEN NETIZEN:

Sumber:Instagram Shazli

Terdahulu Emma, suami dapat anak lelaki

 

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong hari ini berkongsi berita gembira kehadiran pelengkap kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Melalui entri Instagram (IG), Muhammad Shazli berkongsi rakaman video pendek memaparkan foto dirinya, Emma dan putera tersayang.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail memberitahu, dia melahirkan bayi sulungnya itu pada jam 2.38 pagi, 8 November lalu.

“Selama ini hanya melihat kenikmatan menjadi ibu daripada orang lain, tapi sekarang, saya pula melaluinya.
>
“Ia sangat indah…. Rasa tak hendak berenggang dengan anak. Kalau boleh, mahu selalu berada dengannya.

 

Emma dan suami berkongsi berita gembira kelahiran anak sulung melalui entri di IG. Foto IG Emma Maembong
Emma dan suami berkongsi berita gembira kelahiran anak sulung melalui entri di IG. Foto IG Emma Maembong

“Suami juga teruja, maklumlah anak sulung kami,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi proses kelahiran sangat mudah, Emma, bagaimanapun merahsiakan nama putera tersayang.

“Nanti suami akan akan kongsi nama anak,” katanya.

Baru-baru ini, Emma dan suami membuka akaun IG di bawah nama @eslovestory untuk berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*