Tvlar Menantu Cerita Sebenar Warga Emas Di bvang Keluarga , Ini Nasihat Wakil Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Buat Ramai Terdiam

Semalam, liputan berita tentang 1001 kisah dvka penghuni Pusat Jagaan dan R4watan Orang Tua Al-Ikhlas nyata telah mervntun jiwa rakyat Malaysia. Malahan, antara yang paling mencvri perhatian adalah nasib men1mpa seorang w4rga emas berusia 83 tahun ini.

Namun apa yang menarik perhatian apabila menantu, cucu warga emas terbabit tampil mendakwa yang beliau snediri membuang anak dan keluarga sehingga mengundang k3caman dari netizan

Sebak melihat perlakuan seperti itu selalu terjadi selepas perkongsian oleh media mengenai kisah warag aemas, seorang wakil Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas tampil menasihati anak dan menantu diluar sana

“Berdasarkan pengalaman kami.

“Bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami.

“Pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon.

“Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media.

“Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain.

“Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tangungjawab ini.

“InshaAllah selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya.

“Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia.

“Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.

“Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku.

“Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita.

“Doakan urusan kami dipermudahkan.

“Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat.

“Dunia sementara akhirat kekal selamanya..

“Maaf atas salah silap kami yang tidak sempurna.

“Terima kasih atas sokongan anda semua.

“Hanya Allah Mampu membalasnya.

Sumber: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas

Ada 9 orang anak namun tiada yang sanggvp menjaga…

Menerusi laporan eksklusif Buletin TV3, warga emas tersebut Zarah Ahmad mendakwa diabaikan oleh anak-anaknya ketika menerima rawatan di hospital akibat terjatuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.

“Anak2 tak mahu mabil tahu pasal saya…”

Warga emas berusia 83 tahun itu berkata, dia terkilan dengan tindakan anak dan menantu yang mendakwa dirinya tidak diambil peduli selepas suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lalu.

“Saya m4ti atau hidup ke, mereka tak mahu datang melawat…”

Menerusi perkongsian anaknya yang dikenali Normala Shamsuddin, dia memaklumkan bahawa warga emas yang muncul di kaca televisyen tersebut merupakan ibu mertuanya.

“Untuk makluman semua, bukan anak-anak yang buang dia dari keluarga, tetapi dia yang buang anak-anaknya sejak kecil lagi. Semenjak berpisah dengan ayah, dia langsung tidak ambil tahu mengenai anak-anaknya.

“Dia juga mempunyai banyak wang dan bukan hidup susah. Dia juga mempunyai rumah sendiri, tetapi semua anak dan menantu adalah orang yang dia tidak suka,” jelasnya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Satu muatnaik di Facebook yang menerangkan kisah sebenar isu warga emas yang tular di media sosial Twitter baru-baru ini.
Normala menambah, suaminya adalah anak yang selalu dihin.a oleh warga emas tersebut kerana miskin dan juga orang susah.

Katanya, ketika ibu mertuanya meninggalkan suami, anak-anaknya masih kecil dan suaminya jugalah yang menguruskan mereka semua.

“Bukan mahu buka pekung di dada, tetapi kenyataan harus dibetulkan. Orang luar yang tidak tahu kisah ini memang akan kesian kerana itu lumrah untuk berasa kesia.n terhadap warga emas.

“Jadi, jangan terlalu awal beri huku.man atau membuat spek.ulasi bila anda tidak tahu cerita sebenar,” katanya lagi.

Seorang pengguna Twitter, @munyraz, berkata, lain orang, lain pengalaman hidupnya. Kenyataannya, perkara sebegini ada terjadi. Keluarga yang toksik juga wujud di sekeliling kita.

“Ini juga adalah sebagai peringatan untuk kita melayan anak-anak dengan baik. Tidak dinafikan ada ibu bapa berkata anak mereka menyusahkan sehingga dewasa kelak anak mereka hila.ng rasa hormat kepada ibu bapanya kerana emosi terganggu,” ciap @livelyeffa

Anakku, ibu ayahmu adalah syurga dan ner4kamu!

PADA suatu hari Baginda Nabi Muhammad S.A.W, menaiki mimbarnya, ada tiga anak tangga mimbar Rasul S.A.W. Awalnya Nabi tiada mimbar, cuma bersandar pada sebatang pohon kurma, akhir para Sahabat membina satu mimbar untuk Rasulullah S.A.W. Bila Rasulullah berceramah di mimbarnya, merintih pokok kurma yang sebelum ini, Nabi jadikan tempat bersandar ketika berceramah. Pokok merintih merindui Rasul S.A.W, agar disandari oleh manusia agung kekasih Allah S.W.T, bagaimana dengan kita, manusia? Adakah kita juga merindui Rasulullah S.A.W?:

“Setiap kali, Rasulullah S.A.W menaiki anak tangga ini, Baginda menyebut, “aamiin” naik lagi “aamiin” naik lagi “aamiin”. Para Sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Apa yang kau aamiin kan Ya Rasulullah?, Nabi S.A.W menjelaskan, “Ketika aku naik ke anak tangga pertama, datang kepadaku Jibril A.S. Lalu Jibril mengatakan, “celaka! (melarat dan sengsara seorang hamba), sesiapa yang sempat di bulan Ramadhan kemudian dia keluar dari bulan Ramadhan sedangkan dosa-dosanya belum diampunkan, lalu dia dimasukkan ke Neraka, maka Allah akan menjauhkannya dari rahmat-Nya” maka aku berkata aamiin, kemudian Jibril mengatakan, “Celaka! seorang hamba, yang sempat hidup dengan ibu bapanya atau salah seorang dari mereka dan dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua lalu dia mati, dimasukkannya ke Neraka, maka Allah jauhkannya (Dari rahmat-Nya, ternyata dia tidak masuk syurga kerana orang tuanya)” “aamiin” kata Rasulullah. Lalu jibril berkata pada tangga ketiga, “Celaka! Sesiapa yang mendengar namamu di sebut di sisinya, kemudian dia tidak berselawat kepadamu, lalu dia mati, dimasukkannya ke Neraka, maka Allah jauhkan darinya rahmat-Nya.” Aku pun berkata, “aaminn” .”

(Riwayat Abu Hurairah, Hadis ini ada dalam Sahih Ibnu Hibban)

Lihat di sini, doa siapa dalam Hadis di atas? Jibril, yang berkata aamiin siapa? Nabi Muhammad S.A.W. Nescaya Allah akan mengabulkan doa Jibril.

Pada suatu hari, seorang Qadhi yang bijaksana di Basrah, Iyas bin Muawiyyah, dia menangis ketika menghantarkan jenazah ibunya ke kubur. Seseorang telah memberanikan diri bertanya, sebab dia hairan seorang alim, seharusnya tabah menerima musibah, seharusnya bersabar mengatakan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, lalu dia bertanya, “Kenapa engkau menangis?” jawabnya “Bagaimana aku tidak akan menangis, salah satu pintu syurgaku sudah ditutup buat aku dengan kematian ibuku.” Jadi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, merekalah pintu syurgamu, hargailah mereka.

Allah berfirman di dalam al-Quran, memberitahu mengenai hak untuk diri-Nya dan hak untuk kedua ibu bapa, kerana Allah tahu mengenai kewujudan manusia, disebabkan adanya ibu dan bapa.

Allah berfirman dalam surah al-Isyra’ 23:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Perintah Allah yang pertama di dalam ayat ini, sembahlah Allah S.W.T dan jangan berbuat syirik. Yang keduanya, berbuat baik kepada kedua orang tua, kerana manusia-manusia yang sering ke masjid, baik ibadahnya, puasanya jangan ditanya, tetapi ternyata dia derhaka kepada kedua orang tuanya. Lupa dengan hak-hak orang tuanya, sibuk dengan anak dan isterinya,

Allah sangat mengambil berat hak ibu dan bapa, setelah manusia memenuhi hak-Nya. Allah perintahkan kepada manusia supaya tidak pernah lupa, di ketika dia baru pandai berjalan, pandai makan, pandai menulis, ingat! Siapa yang mengajar kalian? Ibu bapa! Terutama ibumu.

Allah secara khusus, memerintahkan kepada manusia, agar mereka berbakti kepada kedua orang tuanya. Rujuk kepada surah al-Isyra’ di atas, bagaimana Allah mengatakan, kalau mereka sudah sampai ke usia lanjut, permintaan mereka semakin aneh, kalau tidak diturutkan, menangis! Allah ingatkan! Ketika orang tuamu sudah lanjut usia, ada yang sudah menggigil tangan-tangannya, kalau mahu berjalan, terpaksa gunakan tongkat. Jangan pernah mengatakan ‘ahh….’ atau engkau herdik mereka, disebabkan lambatnya mereka berjalan atau bergerak. Ingat! Mereka adalah ibu bapa kalian. Di ketika kalian masih kecil, lemah, tidak berdaya, di saat itu ibu dan bapamu gagah, tiada siapa yang berani tidak mengikut perintahnya, tetapi mereka sentiasa memberikanmu sepenuh kasih sayang semampunya. Roda kehidupan terus berputar silih berganti.

Hendaklah kalian katakanlah kepada keduanya perkataan yang ‘karima’ perkataan yang penuh dengan penghormatan dan kata-kata yang indah, yang kalian pilihkan untuk keduanya.

Kita pernah melihat ibu ayam, mengembangkan kepaknya, untuk melindungi dan memanaskan anak-anaknya, berlari-lari, anak-anaknya bersembunyi di bawah kepaknya. Itu ayam! Bagaimana pula kita, manusia yang ada akal dan kebijaksanaan, pasti berlebihanlah lagi. Allah perintahkan kepada anak-anak, agar dia membukakan sayapnya, dengan penuh rasa penghinaan (rendah diri), untuk siapa? Untuk kedua ibu dan bapanya, sebagai bentuk menjaga dan dan melindungi mereka dengan kasih sayangmu:

“Katakan dalam doamu “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (Ibu dan bapaku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku di waktu kecil” ”

Allah jadikan keredhaan-Nya, mengikut keredhaan ibu bapa kita. Dengan itu, janganlah buat mereka marah dan kecewa, tapi sayangi dan hormati mereka:

“Nabi S.A.W mengatakan, “Keredhaan Rabb itu tergantung kepada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan ibu bapa.””

(Hadis Riwayat Tabrani)

Allah juga memberikan hak khusus untuk seorang ibu, kenapa? Kerana seorang imam solat, imam negara, pejuang Islam dan seluruh manusia, dari rahim siapa mereka dilahirkan? Rahim seorang ibu!

Setiap tahun orang merayakan hari ibu. Ingat! Tiada hari ibu dalam Islam kerana semua hari, 365 hari adalah milik seorang ibu. Sangat malang kalau dirayakan cuma untuk satu hari dan 364 hari lagi, mereka dibiarkan. Kalau kalian ingat kepada mereka, doakan mereka dalam sujudmu atau di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, berdoalah ‘doa untuk ibu dan bapamu’.

Para lelaki, jangan cemburu ketika anakmu lebih cinta kepada ibunya daripada dirimu. Dan para isteri, jangan sakit hati ketika suamimu berbuat baik dengan ibu dan bapanya, meluangkan waktu bersama ibu dan bapanya. Engkau harus bersyukur kepada mentuamu, kenapa? Dia merelakan anaknya, kamu ambil, sedangkan dia selama ini bersabar menunggu anaknya berjaya, mendapat pekerjaan baik dan mendampinginya. Di saat buah hatinya berjaya, terus berkahwin. Buah hatinya, engkau bawa pergi dari hidupnya. Buah hatinya sudah sibuk dengan isteri dan anak-anak. Jadi tolonglah para wanita, membantu suamimu berbakti kepada ibu dan ayahnya. Para suami, utamakan ibu dan ayahmu, bukan isteri dan anak-anakmu, subhanallah.

Indahnya akhlak seorang anak yang sentiasa merendahkan diri kepada ibu dan ayahnya. Apabila dikurniakan rezeki, didatangi ibu dan ayahnya terlebih dahulu, dengan santunnya berkata, ‘Ibu, ada sedikit rezeki ini, ambillah sebagai hadiah dari saya, memang tidak terbalas jasa ibu dan ayah tetapi inilah yang saya mampu, moga Allah tidak murka kepada saya.’

Allah secara khusus menyebutkan ini surah al-Ahkaf ayat 15:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.”

Allah selalu ingatkan dalam al-Quran mengenai ibu dan bapa, ingat! Seorang ibu hamil dalam keadaan payah, lemah, serba tidak selesa kerana dia seorang perempuan, tubuhnya lemah tidak seperti lelaki. Tetapi Allah bagi dia beban, membawa anak di dalam perutnya. Lihatlah bagaimana isteri kalian, ketika perutnya semakin membesar, dia sudah mula susah untuk tidur, mengiring ke kiri dan ke kanan tanpa selesa, bila telentang sesak dadanya. Ketika dia duduk, anaknya mulai bergerak-gerak, ditendang-tendang perut ibunya. Marah ke ibunya? Tidak! Malah hatinya damai dengan senyuman. Dia suka bila anaknya menendang-nendang dia, dia akan panggil suaminya, “Sini-sini abang, cuba pegang perutku, anak kita bergerak-gerak”. Subhanallah. Padahal dia letih! Tapi cinta dan kebahagiaan dia menunggu kehadiran kita, membuat keletihan dan kelelahannya dilupakan.

Ketika satu hari, gerakan di perutnya terhenti, apa yang dirasakan oleh ibu kita? Dia mengatakan pada suaminya “Abang! Kenapa anak kita tidak bergerak? Aku takut, ada apa-apa masalah dengannya”. Mereka bersegera ke klinik, ternyata tidak ada apa-apa. Alangkah bahagianya mereka.

Ketika sampai masa untuk melahirkan, setelah 9 bulan bayi di dalam kandungannya, ketika dia melahirkan bayinya, bukaan pertama, kedua, ketiga, masih jauh lagi lalu doktor suruh perbanyakkan berjalan. Check lagi, bukaan kelima dan seterusnya. Semakin dekat semakin kuat sakit dirasakan! Sungguh dahsyat, perjuangan untuk melahirkan seorang anak, nyawa menjadi taruhan. Sesudah lahir, dibersihkan dan diazankan lalu disusukan. Keperluan kita kepada seorang ibu semakin parah! Sebab kita tidak boleh berbuat apa-apa, sedangkan ibu masih sangat lemah. Kita hanya boleh menangis, ibu kita ketika mendengar kita menangis, lalu memeluk kita, akan dekatkan kita dengan susunya, berapa kali sehari? Tidak terkira. Ketika malam, buah hatinya menangis, dia duduk, peluk dan susukan. Lalu setelah kalian besar, setelah 2 tahun disusukan, diajar berjalan, diajar bercakap. Ketika kalian pandai berjalan dan bercakap, bahagianya dan gembiranya hati mereka. Jangan pernah kalian lupakan semuanya ini:

Ingat pesanan Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Ibnu Umar berkata, “Tangisan kedua orang tua termasuk kederhakaan yang besar””

(Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi berpesan khusus untuk ini, beliau mengatakan, dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu, derhaka kepada ibu kalian…”

Bukan sahaja derhaka kepada ibu tetapi juga haram derhaka kepada ayah. Cuma dikhususkan kepada ibu, kenapa? Kerana kedudukan ibu yang lebih tinggi daripada ayah dan kebiasaannya kederhakaan itu sering berlaku terhadap ibu bukan ayah. Lalu Nabi mengingatkan kepada anak-anak terhadap Hadis di atas:

“Abu Hurairah mempunyai ibu yang masih Kafir dan sangat bisa mulutnya mencerca Rasulullah S.A.W sehingga menitiskan air matanya. Abu Hurairah tidak tahan mendengarnya dan meninggalkan rumah. Ke mana? Menjumpai Rasulullah S.A.W. Sepanjang perjalanan, dia cuba menahan kesedihannya yang menggila di hatinya. Dia mendekati Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, aku sudah berulang kali memujuk ibuku supaya masuk Islam, tetapi dia menolak malah mengucapkan kata-kata yang keterlaluan mengenaimu. Kerana itu, tolonglah berdoa untuk ibu Abu Hurairah mendapat hidayah dan memeluk Islam.” (Ini kebaktian yang paling dahsyat dari seorang anak ketika dia mengetahui yang ibunya dalam kemaksiatan dan kekufuran, dia meminta kepada Allah, hidayah agar membolehkan ibunya masuk syurga) Lalu Rasulullah mengangkat tangan dan berdoa, “Ya Allah, berikan hidayah-Mu kepada ibu Abu Hurairah.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Setelah mendengar munajat Nabi S.A.W, Abu Hurairah pulang ke rumahnya menjumpai ibunya. Ketika mahu masuk, dilarang oleh ibu, tunggu! (Ternyata ibu Abu Hurairah sedang mandi) ketika dibukakan pintu, ibu Abu Hurairah memakai tudung dan tersenyum. Ibunya terus bersyahadah! Abu Hurairah dengan spontan memeluk ibunya dengan penuh kesayuan dan kesyukuran. Adakah kebaktian yang lebih mulia, dari menyelamatkan ibu dari api neraka? Subhanallah!

Kemudian Abu Hurairah, ketika Rasulullah S.A.W telah wafat, setiap mahu keluar, dia pasti akan menjumpai ibunya dahulu, rumah mereka berdekatan, “Assalamualaikum wahai ibuku, moga keberkatan sentiasa untukmu. moga Allah merahmatimu sebagaimana engkau telah membesarkan aku, dan menjaga aku ketika aku kecil,” lalu ibunya menjawab “Walaikumussallam wahai anakku, moga Allah menyayangimu sebagaimana engkau telah berbakti kepadaku,” begitu juga kalau dia pulang, dia akan menemui ibunya dahulu, bukan isterinya.

Bagi anak yang sudah dewasa, jangan engkau fikir bahawa bakti kalian sudah berubah kepada kedua ibu dan ayahmu. Kalian sekarang sudah jadi ayah buat anakmu, tetapi kalian tetap menjadi anak buat ibu bapamu. Setinggi mana pun pangkatmu, kedudukanmu di mata masyarakat, kalian tetap anak di rumah ibumu. Jangan pernah lupa ini!

Boleh tolong beritahu bagaimana cinta seorang ibu dan ayah? Sangat susah untuk digambarkan, seolah-olahnya, kalau kita memerlukan jantungnya, dia akan berikan. Fikir-fikirkanlah!

Kesimpulannya

Setiap orang kena sedar, ibu dan ayah membesarkan anak-anaknya dengan cinta, marah seorang ibu dan ayah dengan cinta. Mereka memukul anaknya dengan cinta. Dia balut luka hatinya dengan cinta. Maka bagi sesiapa yang masih mempunyai kedua orang tua, berbaktilah kepada mereka, ziarahi mereka, telefon mereka, peluk mereka, cium mereka, picit kaki mereka, bawa mereka pergi umrah dan haji atau kemana-mana mereka suka, sekiranya mampu dan sentiasa mendoakan mereka. Tidak rugi kalau berbakti kepada mereka sebab Allah sudah berikan jaminan untuk kalian atas bakti kalian kepada mereka, mudah-mudahan ini semua yang akan memasukkan kalian ke syurga. Aamiin.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Siapa yang mahu dipanjangkan usianya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung silaturrahim”

Wallahuallam.

Sumber: YouTube Buletin TV3 , FB Normala Shamsuddin, Kosmo, FARIDAH KAMARUDDIN – HARAKAHDAILY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*