Enam Tahun Tak Sambut Raya Selepas Ibu Men1nggal Dunia, Wan Sharmila ‘0ff Hp’ Tiga Hari Elak Rasa Sedih

SELEPAS pemergian ibu tercinta pada 2015, pelakon Wan Sharmila mengakui dia tidak lagi mempunyai perasaan untuk menyambut hari raya malah lebih memilih untuk mengurvng diri di rumah sahaja.

Malah Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala memberitahu dia akan bercuti ke luar negara ketika orang lain sibuk beraya sebelum wab4k C0vid-19 melanda seluruh negara.

“Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arw4h ibu men1nggal dunia pada 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arw1h bapa saya pula memang dari saya kecil sudah m3ninggal.

Wan Sharmila akan menghilangkan diri selama tiga hari bermula malam raya.

“Saya ada seorang abang tapi dia menetap di JB. Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi, saya dah biasa tinggal seorang diri rumah pada hari raya.

“Macam tahun lalu, saya duduk rumah seorang diri sahaja… memang tak beraya pun. Kalau sebelum ada C0vid, separuh bulan Ramadan saya akan pergi bercuti ke luar negara dan dah rasa berpuasa di tempat orang,” katanya kepada mStar.

Sekitar 2017, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed pernah mendedahkan berat badannya susut selepas ibunya iaitu Raidah Abd. Aziz m3ninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya. WAN SHARMILA PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama siri popular 7 Hari Mencintaiku ini memberitahu dia juga pernah menghilangkan diri dengan menutup telefonnya selama tiga hari bermula pada malam raya.

Tindakannya Wan Sharmila itu membuatkan rakan-rakan baiknya berasa bimbang sehingga mereka hampir membuat laporan polis kerana memikirkan aktres itu hilang.

“Macam tahun lalu, saya menghilangkan diri… saya tutup telefon selama tiga hari bermula malam raya. Malah kawan rapat nak cari saya tak dapat, sampai nak buat laporan polis.

Wan Sharmila masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta.

“Sebab mereka ingat saya dah hilang. Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya tapi untuk tahun ini memang saya cakap awal-awal yang saya akan tutup telefon untuk beberapa hari.

“Saya memilih untuk tutup telefon sebab tak nak rasa suasana raya. Sebenarnya saya nak jauhkan rasa kesedihan dan kerinduan terhadap arw4h ibu yang selama ini ada dengan saya.

“Bukan tak move on, tapi saya masih tak boleh lagi nak menyambut perayaan tanpa arwah. Malah, saya akan buka siaran TV cerita tamil ke sebab nak elak daripada rasa suasana raya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*