16 Tahun Dalam Industri… Fasha Sandha Mengaku Pernah Digelar Pelakon ‘Kayu’

ISU lakonan pertama Instafamous atau influencer dilihat seperti ‘kayu’ menarik perhatian pelakon Fasha Sandha yang mengakui pernah melalui fasa tersebut.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, pendatang baharu dalam industri sepatutnya mengambil komen atau kritikan sebagai pembakar semangat untuk memajukan lagi diri.

Biarpun sudah berada dalam industri selama 16 tahun namun aktres berusia 37 tahun ini sentiasa ingin menambah ilmu lakonan dengan memasuki kelas pelakon Fauziah Nawi.


Fasha juga pernah digelar sebagai pelakon ‘kayu’.

“Tak apa kalau ada orang gelar kita ‘kayu’ pada permulaan sebab saya sendiri bermula sebagai model dan terjun ke bidang lakonan. Saya juga pernah digelar sebegitu ketika mula-mula berlakon.

“Ambil kritikan dan komen itu sebagai pembakar semangat untuk terus majukan diri. Yang penting, ada niat untuk belajar, jaga displin dan rajinlah bertanya.

“Saya sendiri sehingga hari ini saya masih belajar walau sudah 16 tahun dalam industri. Bila ada peluang dan masa terluang saya akan masuk kelas ibu Fauziah Nawi untuk memajukan lakonan saya

“Ilmu takkan pernah putus… carilah tempat untuk belajar. Mungkin selepas tempoh PKP selesai, jika ada kelapangan, cuba daftarkan diri dalam kelas lakonan dan belajar,” katanya kepada mStar.

Yang penting, kena displin dan komitmen harus diletakkan sebagai keutamaan.

FASHA SANDHA
PELAKON

Sebelum ini, lakonan pertama Instafamous Sharifah Rose menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menerima kritikan sehingga dilabel sebagai ‘kayu’.

Berkongsi pandangan mengenai isu itu, pengarah drama Shahrulezad Mohameddin meminta netizen memberi peluang kepada Sharifah Rose untuk memperbaiki mutu lakonan dari masa ke semasa.

Shahrulezad menganggap bakat Sharifah Rose boleh digilap sebaiknya jika dia mempunyai azam yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam karier seni.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Scammer ini memberitahu dia berasa teruja dengan kehadiran pelapis-pelapis baharu kerana melihat ia satu perkembangan yang positif dalam industri seni.


Sebelum ini, Shahrulezad pernah menyuarakan pendapatnya mengenai Sharifah Rose.

Tidak pernah lokek berkongsi pengalamannya dalam dunia lakonan, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini berharap pelakon baharu menanam niat untuk belajar dan menjaga displin serta komitmen untuk terus berada dalam industri.

“Sejujurnya, saya suka dengan industri seni yang ramai dengan pelapis baharu dan influencer kerana ia satu perkembangan yang positif.

“Tak perlu risau jika dikatakan lakonan masih ‘kayu’, Insya-Allah kalau ada niat dan kesungguhan serta pengalaman akan memajukan kita. Yang penting, kena displin dan komitmen harus diletakkan sebagai keutamaan.

” Selain itu, kena rajin bertanya, sudah pasti akan diterima dalam industri. Boleh bertahan jika mengutamakan komitmen dan disiplin,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*