“Penonton Suka” ‘Kutuk’ Lakonan Sendiri, Izara Aishah Mahu Drama Melayu Lebih Berkualiti

Sekarang ni bermacam-macam jenis drama dah ditayangkan di semua stesen TV Malaysia, kisah cinta, kahwin paksa, perebutan harta dan macam-macam lagi.

Disebabkan itu lah pelakon Izara Aishah tampil memberi pendapat mengenai pattern drama yang sama sahaja sehingga bagaikan tiada kelainan.

Melalui twit yang dimuat naik oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu, beliau turut sempat ‘mengutuk’ drama lakonannya yang berkahwin dengan pelajar sendiri menerusi drama Isteriku Cikguku.

Izara turut berharap agar ada banyak lagi drama Melayu yang berkualiti seperti drama Nur yang dilihat dapat memberi impak kepada yang menonton.

Dalam masa yang sama, Izara turut mengakui bahawa sehingga kini beliau masih diberi tawaran untuk berlakon dalam drama kisah cinta dengan alasan ‘penonton suka’ menonton genre begitu.

Pelakon Elfira Loy turut sempat menyelit memberikan komen berbunyi teguran akibat terlampau banyak drama yang menghidangkan jalan cerita mengejar cinta.

Ramai pengikut Izara di laamn Twitter turut bersetuju dengan kata-kata tersebut dan berharap agar industri perfileman Malaysia akan berubah suatu masa nanti.

Tidak dinafikan, ada sahaja karya yang hebat tetapi kebanyakannya yang dihidangkan kepada penonton ialah kisah cinta sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*