Nikita Nirzani Tinggalkan Dunia ‘Tipu-tipu’ Instagram

PELAKON kontroversi Indonesia Nikita Mirzani mengambil keputusan untuk berehat daripada kehidupan ‘tipu-tipu’ di media sosial khususnya Instagram.

Memetik laporan Liputan 6, Nikita memuat satu posting berwarna hitam yang menjadi tanda tanya dan bualan hangat dalam kalangan netizen pada Selasa malam.Malah menerusi Instastory dia juga memaklumkan ingin menikmati hidup normal tanpa tekanan dan pengaruh negatif daripada media sosial.

Perkongsian Nikita Mirzani menerusi Instagram.

Luah Nikita, segala perkongsiannya di Instagram tidak menggambarkan 100 peratus kehidupan sebenar di dunia nyata.

“Sedang ingin menikmati kehidupan sebenar, bukan tipu-tipu di media sosial belaka. Selepas ini posting feed dan juga story hanya berkaitan perniagaan yang saya jalankan sahaja.

“Ia akan diuruskan oleh admin saya.

“Ini bukan sebuah perpisahan, sampai jumpa lagi. Okey netizen, jangan rindukan aku,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*