“Berhenti Cari Seseorang Untuk Dijadikan Isu Sampai Kesudah”

ISU pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan golongan VIP dan selebriti yang menjadi topik bualan netizen ketika ini turut menerima pendapat pelakon Fendy Bakri.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 33, berkata, peranan untuk sentiasa menjaga SOP adalah merupakan tanggungjawab semua pihak bagi mengekang Covid-19.”SOP ini dibuat untuk rakyat Malaysia, kita haruslah ikut apa yang telah ditetapkan. Baik dia menteri, artis ataupun sesiapa sahaja… kalau perlu patuh then kita kena patuh!

“Pendek kata ini semua adalah tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada mStar.

Pelakon ini berkata, rakyat Malaysia perlu muhasabah diri dan jangan sesekali menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Fendy mengingatkan agar jangan sesekali alpa untuk menjaga SOP.

“Saya percaya sampai ke hari ini ada sesetengah rakyat memang patuh pada SOP sejak setahun lalu.

“Jika ada rakan-rakan kita yang langgar SOP maka kita boleh sahaja nasihat mereka daripada kita mencari seseorang untuk dijadikan isu sampai kesudah.

Baik dia menteri, artis ataupun sesiapa sahaja… kalau perlu patuh then kita kena patuh!
FENDY BAKRY
PELAKON

“Moga kita semua terhindar daripada wabak Covid-19 dan berhenti sebarkan cerita-cerita palsu sebab covid is real!” katanya.

Barisan pelakon drama bersiri Hati Yang Dikhianati.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Fendy bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama adaptasi dari Venezuela Mis Tres Hermanas yang berjudul Hati Yang Dikhianati.

“Dalam drama ini, saya muncul sebagai ‘cameo’ sahaja. Skrip masih lagi on going, yang pasti saya ada banyak babak dengan Mia Nasir dan Shah Iskandar,” katanya.

Hati Yang Dikhianati ditayangkan di slot Tiara Astro Prima (saluran 105) setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

Drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham, Sahronizam Noor, Nabil Aqil, Arena Wan dan Syamim Farid.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*