“Saya Akan Beli Barang Perubatan, Hantar Terus Ke G@za. Malaysia Sayangkan P@lest!n”

PENDERITAAN rakyat Palestin mengundang simpati dalam hati masyarakat Islam di seluruh dunia.

Justeru, secara tidak langsung turut mendorong pendakwah, dermawan dan aktivitis masyarakat, Ebit Lew berangkat ke G@za untuk menyalurkan bantuan misi kemanusian.

Dalam hantaran di laman sosial, pendakwah berbangsa Cina itu memberikan perkhabaran telah tiba di Mesir.

“Syukur pada ALLAH sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu Gaza.”

Kata Ustaz Ebit, pihaknya sedang dalam proses mendapatkan ubat-ubatan dan barang keperluan bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan tersebut.

“Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan dihantar terus ke Gaza hari ini.

“Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk ke sempadan Rafah iaitu satu-satunya laluan terus ke Gaza.

Beliau turut menyatakan penghargaan buat Kedutaan Malaysia di Mesir, pihak Kementerian Luar Negeri dan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan.

 

”Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia di sini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa negara kita sangat sayangkan Palestin.

”Terima kasih atas doa daripada semua rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya.

“Semoga ALLAH SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Rabu lalu, SinarPlus melaporkan pendakwah kelahiran Muadzam Shah, Pahang itu berlepas ke Gaza untuk misi kemanusiaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan keselamatan beliau dan kru agar selamat pergi dan pulang ke tanah air selepas tamat misi kemanusiaan.

“Insya ALLAH tak ada apa yang mustahil . Moga ALLAH permudahkan segalanya sehingga ustaz balik semula ke Malaysia . Amiin .”-@farisahaffandy

“Alhamdulillah tabarakallah Ustaz dan team. Terima kasih dari kami rakyat Malaysia atas misi ini. Moga ALLAH melindungi dan mempermudahkan segala urusan di sana dan kembali ke tanahair dengan selamat Insya ALLAH Allahumma Aamiin.”- @kynnoah

“Alhamdulillah Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan ustaz dan team yang terlibat. Amin.”- @melati_zamri

Sumber: @ebitlew

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber: Sinar Plus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*