‘Dia Dah Lama Jadi Boss, Mencabar Jugalah’ – PU Riz

Kuala Lumpur: Pelakon dan pendakwah PU Riz mendedahkan ada waktu susah dan senang ketika menjaga isterinya yang juga pengacara dan usahawan popular, Neelofa.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, berkata, memandangkan isterinya sudah terlalu lama bergelar boss, jadi ia satu pengalaman yang mencabar.

“Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri,” kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.

Sementara itu, Neelofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

“Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.

“Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

“Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” katanya. Pada 27 Mac lalu, Neelofa dan PU Riz sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di sini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*