“Muka Macam Al!en, Tak Nampak Re@l”

BAKAT kreatif anak muda ini yang dizahirkan di atas kertas lukisan ternyata mencuri tumpuan ramai.

Terbaharu, video lukisan beberapa figura terkenal seperti penyanyi Yuna, Jimin dan Jungkook (BTS), Jisoo (Blacpink) dan selebriti media sosial Azfar Heri turut meraih ribuan tontonan di TikTok.

Siapa sangka pemuda berbakat kreatif itu tidak bekerja dalam lapangan seni, sebaliknya menjadi penasihat kesihatan di sebuah farmasi di Terengganu.

Bercakap kepada mStar, Mohamad Luqman Hakim Nazan, 26, sempat memperincikan perjalanan seninya itu yang pernah terhenti sebelum ini.

“Saya melukis sejak umur lima tahun, ketika di tadika. Saya selalu sertai pertandingan melukis dan mewarna.

“Masa sekolah rendah saya berhenti melukis sebab tiada motivasi untuk teruskan minat. Di sekolah menengah saya banyak tumpu kepada penulisan sajak, pantun dan cerpen.

Akim kini bekerja sebagai penasihat kesihatan di sebuah farmasi di Terengganu.

“Ketika di universiti barulah saya mulakan hobi melukis dengan serius kerana terinspirasi dengan seorang rakan,” ujarnya yang mesra disapa Akim.

Menurut graduan bidang Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu, aktviti melukis dijadikan sebagai kaedah untuk menghilangkan tekanan ketika belajar.

Malah, dia juga ada mengambil tempahan lukisan wajah yang mana ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian ketika itu.

“Mungkin otak dah tepu belajar sains, jadi saya ambil pendekatan seronok dengan melukis. Masa tu cembvru tengok kawan melukis, jadi saya mula melukis balik.

“Mula-mula buat sekadar hobi. Saya ada lukis potret, tapi dapat kecaman sebilangan kawan. Orang kata lukisan muka macam alien, tak nampak real.

“Sebenarnya nak lukis artis pun takut juga, sebab takut tak sama kerana mereka sudah dikenali.

“Walau apapun komen, saya tak terasa, saya pun mengaku sebab baru nak belajar pada waktu itu. Sebab itulah tak lawa. Jadi kita ambil komen untuk perbaiki lagi kemahiran.

Karya lukisan oleh Akim yang dikongsi di TikTok.

“Semangat saya langsung tak pudar, sebaliknya ia beri motivasi untuk saya bangkit. Saya juga ambil tempahan lukisan wajah, bolehlah tampung sedikit sebanyak kos hidup masa tu,” ujarya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kata Akim, desakan kerja ketika ini menyebabkan dia tidak berani untuk mengambil sebarang tempahan.

Namun, jika ada kelapangan, dia akan melukis dan video prosesnya juga akan dikongsi di media sosial.

Tambahnya, dia juga bersyukur dengan sokongan orang sekeliling yang banyak memberi semangat buatnya.

“Terima kasih kepada keluarga, kawan TikTok, Instagram dan Twitter yang selalu sokong karya saya. Tak lupa juga kawan-kawan yang lain,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*