Masjid, Surau Pasang Rakaman Doa H!ndar C0vid-19

Melaka: Semua masjid dan surau di negeri ini akan memperdengarkan bacaan Yasin, al-Quran serta doa khas bagi memohon perlindungan daripada Covid-19 serta kesejahteraan rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis, bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, alunan bacaan itu akan diperdengarkan menerusi alat siar raya rumah ibadah berkenaan untuk membolehkan ahli kariah masjid serta surau turut serta dalam bacaan Yasin serta mengaminkan doa terbabit.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Kerajaan negeri bersetuju supaya masjid dan surau di negeri ini memperdengarkan bacaan Yasin selepas solat Maghrib setiap hari, manakala doa dan ayat al-Quran pula akan diperdengarkan selepas waktu azan serta selepas solat Subuh, Zuhur, Asar dan Isyak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekuatan bunyi hanya cukup untuk didengari serta diaminkan oleh ahli kariah kawasan masing-masing.

“JAIM menyediakan fail audio rakaman doa berkenaan dan bacaan Yasin yang boleh dimuat turun menerusi laman web www.jaim.gov.my atau menerusi laman Facebook JAIM.

“Semua urusan berkaitan hendaklah diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan surau,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*