“Selalu Main ML, PUBG Empat Jam Sehari..

JADUAL kerja yang padat serta kesibukan aktiviti harian bukanlah penghalang buat penyanyi baharu Aliff Iskandar meneruskan minat bermain permainan video.

Namun bagi mengelakkan ketag!han terhadap permainan video, Aliff, 20, berkata dia menyediakan jadual khas dan hanya menggunakan waktu senggang bagi memenuhi hobinya itu.

“Saya memang minat bermain permainan video. Selalunya saya main Mobile Legends (ML) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di telefon bimbit, sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan saya luangkan masa dalam tiga atau empat jam sehari.

Aliff ketika berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Maeps, Serdang sejak hujung April lalu.

“Memandangkan saya agak sibuk dengan kerja dan pelajaran, jadi saya sendiri tetapkan masa untuk main game, selepas empat jam saya terus berhenti.

“Saya tetapkan jadual sebab tak nak terlebih waktu… ini antara cara saya nak elakkan ketag!han permainan video. Alhamdulillah buat masa ini saya masih berdisiplin mengikut jadual yang ditentukan itu,” katanya kepada mStar.

Saya harap adik-adik di luar sana yang minat main game bolehlah buat jadual dan tetapkan sendiri berapa lama mereka nak main!

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Perit ini mengakui permainan video sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kerja yang dilalui olehnya seharian.

Menerusi permainan video atas talian juga dia dapat menambah lebih ramai kenalan baharu dan dalam masa sama merapatkan hubvngan dengan rakan-rakan.

“Banyak kelebihan main game online ini antaranya saya dapat kurangkan tek@nan kerja atau belajar… memang hilang stres. Selain itu saya jumpa ramai kawan baharu yang kongsi minat sama.

Aliff berdisiplin patuhi masa yang ditetapkan.

“Pada saya permainan video ini sudah menjadi keg!laan ramai remaja dan budak-budak sekarang, maklumlah kita pun dah berada dalam zaman teknologi, jadi memang ia dah menjadi sebahagian minat mereka.

“Melalui video game kita boleh enjoy dan bersuka ria… tapi dalam seronok itu janganlah main sampai tak ingat dunia pula sebab takut ketagihan dan buatkan hari kita jadi tak produktif.

“Saya harap adik-adik di luar sana yang minat main game bolehlah buat jadual dan tetapkan sendiri berapa lama mereka nak main. Ini dapat membantu supaya tak terjebak ketagihan,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*