Lokasi PPV Kini Bertambah Di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan terdapat di Wilayah Persekutuan selepas 360 klinik swasta sudah mendaftar bagi tujuan tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Wilayah Persekutuan akan menggunakan segala daya usaha untuk menyegerakan proses vaksinisasi kepada masyarakat.

Beliau berkata, kementerian turut menyediakan sebanyak 40 buah trak bergerak untuk membantu menjayakan program vaksinisasi berkenaan.

“Sebanyak 360 klinik swasta dalam Wilayah Persekutuan sudah mendaftar untuk dijadikan PPV dan 273 daripadanya sudah menerima surat anugerah (LOA).

“Selain itu, 40 ‘mobile trucks’ sedang dipersiapkan. Sasaran untuk capai tiga kali ganda kadar sekarang. Semoga ALLAH permudahkan,” menurut ciapan di Twitter beliau pada Sabtu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan pembabitan PPV di fasiliti swasta bagi membantu mempercepatkan program vaksinasi untuk sampai kepada semua masyarakat di seluruh negara dengan lebih menyeluruh.

Pembabitan klinik berkenaan dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk soal menguruskan latihan serta pengendalian urusan suntikan vaksin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*