Muhyiddin sedia berdepan undi percaya di parlimen, sekali Zahid dan Najib bagi satu cadangan

UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.

Tambahnya lagi, kenyataan Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

“Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Kata Perdana Menteri lagi, Agong juga telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.

PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM

Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Ahmad Zahid lagi.

Baik bodek PM kalau mahu gu.gur kes – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, sudah terbukti mereka perlu membodek Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu kes digugurkan bukan melawannya dengan menarik sokongan.

Bekas perdana menteri yang sering dikaitkan sebagai Kluster Mahkamah itu menegaskan, nama seseorang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya sekiranya kes digugurkan begitu sahaja sebaliknya ia perlu melalui proses perbicaraan penuh, telus supaya kebenaran boleh muncul.

”Seperti kebenaran-kebenaran yang sudah pun terbukti dalam perbicaraan mahkamah saya bahawa dana yang sering disebut RM2.6 bilion itu sudah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima, bahawa saya terima RM642 juta terus dari akaun bank kementerian kewangan Arab Saudi dan disedekahkan sepenuhnya, bahawa wang RM42 juta berkait SRC juga disedekahkan sepenuhnya – bukan untuk kegunaan peribadi dan fakta bahawa RM114 juta yang dirampas dari saya adalah dana PRU-14 UMNO dan bukan dana dari sumber 1MDB atau sumber haram.

”Berani kerana benar. Itu pendirian saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, Muhyiddin perlu faham keputusan untuk tarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO yang berpuluh orang ahlinya serta pendirian akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO bahawa UMNO tidak mahu berpakat dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Tegas beliau, keputusan itu bukan keputusannya seorang.

Najib tidak lagi boleh menyokong Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara kerana tidak boleh memaafkan kesilapan demi kesilapan yang terlalu jelas bagi dasar dan langkah kawalan Covid-19 yang langsung tidak masuk akal sehingga ramai nyawa terkorban dan negara menjadi antara paling parah dilanda Covid-19 di dunia.

Menurutnya, Malaysia tidak akan menjadi paling parah dalam dunia tanpa sebab atau tanpa kesilapan kerajaan yang amat besar.

Malaysia menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang isytihar darurat untuk gantung Parlimen tetapi Covid-19 menjadi 10 kali ganda lebih teruk dan pasaran saham kita jadi kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuela.

Bahkan, Malaysia menjadi satu-satunya negara sahaja dalam dunia yang melakukan sekatan pergerakan paling lama tetapi kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi.

”Itu pun belum cukup bagi mereka. Lagi mahu menipu dalam parlimen serta derhaka pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

”Kenapa pula saya nak sokong lagi mereka yang gagal tahap world-class sehingga terlalu ramai nyawa terkorban? Kenapa pula saya nak sokong mereka yang jelas derhaka pada Raja-Raja Melayu?” soal Najib lagi.

Saya didesak bebaskan individu tertentu daripada tudu.han jen4yah. – PM

Siapakah individu tersebut ?

Golongan ‘klept0krat’ akan kembali dapat kuasa jika PN ja.tuh – Tony Pua

Tindakan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Jelas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, ini kerana UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut jika Muhyiddin meletakkan jawatan.

“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?

“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa)?

“Masa depan negara tergantung pada keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu mempersoalkan seandainya golongan kluster mahkamah di dalam kalangan UMNO itu kembali mendapat kuasa, mereka akan lebih berpengaruh dan berkuasa menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Dan jika UMNO kembali menjadi pemimpin di Kerajaan, anda pasti boleh menjangkakan mereka ini akan lebih dapat mengukuhkan kekuatan politik mereka untuk muncul lebih kuat lagi selepas PRU akan datang.

“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?

“Serta mungkin lebih teruk lagi jika mereka ini kembali mendapat kawalan dan kuasa politik, walaupun itu bermaksud mereka perlu kekal bertoleransi dengan PN. Itu mungkin boleh menjadi strategi menjadi buat

UMNO, sementara Pakatan Harapan dan rakyat dapat menyingkirkan Muhyiddin dan Azmin untuk PRU seterusnya,” jelas Pua.

Suhu politik negara kembali membuak-buak apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan menggesa supaya Muhyiddin meletakkan jawatan atas kerana tidak lagi memperoleh majoriti.

Namun semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Bersatu mendedahkan, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.

Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah.

Katanya lagi, beliau juga telah dituduh menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan beliau berkata, apa yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang.

Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, pengambilalihan kerajaan itu juga berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO. – Astro AWANI/Shahir Omar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*