Pɑyu’d4rɑ Membesɑr SeIepɑs Suntlkɑn Pfizer Adɑkɑh NormɑI? Ini Penjelasan P4kar

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Sebilangan pakar berpendapat simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer seb3narnya tindak balas imunisasi yang berlaku selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lap0r akhbar Daily Star semalam.

Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan, adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi.

“Saya pasti beratus-ratus ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan v4ksinasi C0vid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom k4nser p4yudara.

Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat.

gambar sekadar hiasan

Selain di AS, perkara serupa turut dilaporkan di seluruh dunia, di mana ramai wanita mendakwa payudara mereka membesar selepas menerima sun.tikan vaksin Pfizer sekali gus mewujudkan istilah ‘pembesaran payudara Pfizer’.

Menurut beberapa pakar, selain sakit tekak atau simptom seperti selesema, payudara membengkak boleh berlaku kepada sesetengah individu selepas mendapatkan suntik4n.

Bagaimanapun, Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan keadaan bengkak seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca. – AGENSI

Pihak SantaiViral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 Kerajaan timbang semula beri v4ksin Pfizer kepada remaja

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini untuk memberikan vaksin jenis Pfizer kepada golongan remaja, susulan laporan berlaku insiden kesan sampingan radang jantung dalam kalangan penerima terutamanya remaja lelaki.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan, akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu berkenaan.

“Kita sedang pantau perkembangan berkenaan kesan sampingan tersebut, tetapi ia tidak mengubah keputusan pemerolehan kita berkenaan Pfizer.

“Cuma ia ada kaitan sedikit dengan keputusan, sama ada kita nak bagi Pfizer pada golongan remaja disebabkan insiden radang jantung dalam kalangan remaja lelaki agak tinggi,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan PICK di sini pada Rabu yang turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, isu berkenaan kesan sampingan vaksin Pfizer telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 kepadanya dan Dr Adham.

Sebelum ini, Agensi Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, merancang untuk mengemas kini garis panduan pemberian vaksin Covid-19 jenis Pfizer dan Moderna kepada remaja dan golongan muda, selepas menemui kemungkinan risiko radang jantung.

Kerajaan pada 21 Jun lalu meluluskan pemberian vaksin Prizer kepada golongan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas.

Ditanya adakah kerajaan bercadang mempercepatkan selang masa penerimaan dos kedua vaksin AstraZeneca dari 12 minggu kepada enam minggu terutamanya untuk warga emas, beliau berkata perkara itu akan diumumkan esok.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan masih mempertimbangkan kaedah ‘mix and match’ dua jenis vaksin Covid-19.

“Buat masa ini, anda akan diberikan dos kedua sama seperti dos pertama. Untuk AstraZeneca, dos kedua juga akan diberi AstraZeneca,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tweet Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan keberkesanan vaksin AstraZeneca dan Sinovac terhadap Variant of Concern (VOC) Delta, Khairy berkata, setakat ini semua vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia masih mampu memberi perlindungan kepada varian-varian Covid-19.

“Walaupun mungkin terdapat varian dalam terma keberkesanan vaksin terhadap VOC Delta, ia (vaksin) masih melindungi anda. Jadi apapun vaksin yang ditawarkan, sila ambil vaksin itu. Vaksin (itu) yang kami berikan akan berikan anda perlindungan daripada VOC,” katanya.

Dr Noor HIsham dalam ciapannya “Satu dos vaksin Pfizer atau AstraZeneca hanya menyediakan perlindungan antara 33 peratus daripada simptom varian Delta, dua dos memberikan perlindungan antara 88 peratus (Pfizer) dan 60 peratus (AstraZeneca), daripada simptom.”

Dalam perkembangan lain Khairy berkata, kadar vaksinasi negara terus meningkat dan konsisten dengan purata pemberian suntikan vaksin sepanjang minggu lalu (21-27 Jun) yang juga terus meningkat 19 peratus berbanding pada minggu sebelumnya (14-20 Jun).

“Ini menunjukkan konsistensi dalam kadar vaksinasi yang kini sedang giat diperhebatkan,” katanya sambil menambah pada Khamis lalu negara mencapai rekod baharu dengan catatan sebanyak 268,604 suntikan dos sehari.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, satu unit khas ditubuh dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi menyiasat aduan berkenaan penjualan vaksin dan janji temu susulan.

“Saya telah bercakap dengan polis, dan mereka telah tubuhkan unit khas atau kerjasama bersama CITF bagi terus menyiasat dakwaan tersebut,” katanya.

Khairy berkata, pihaknya telah meminta pihak polis supaya segera bertindak, dan menahan individu yang didapati menjual dos vaksin dan slot janji temu di bawah PICK.

Sebelum ini, CITF membuat dua laporan kepada PDRM pada 14 dan 20 Jun, hasil aduan orang ramai mengenai dakwaan aktiviti penjualan vaksin. – Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Santai Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*