Video Pelawak Jual Beli ‘Barang’ Tular Di Media Sosial. Ini Yg Berlaku Di IG Lan Pet Pet

Lagi isu melibatkan pelawak! Terbaru, sejak malam Khamis tular di laman Twitter mengenai sebuah video yang memperlihatkan kelibat seorang lelaki sedang menjalankan urusan jual beli ‘barang’ dengan seorang penunggang motosikal.

Mirip Pelawak Terkenal

Lebih mengejutkan lelaki yang didakwa kononnya mirip seorang pelawak terkenal dari utara itu secara tiba-tiba meng4muk apabila menyedari ‘urusan’ yang dilakukannya secara mencurigakan itu sedang dirakam.

Susulan itu, lelaki tersebut yang membawa kereta jenis perodua Myvi meluru keluar ke arah si perakam dan pada penghujungnya seolah-olah berlaku pertelingk4han.

“Woi! Hang rakam apa?” jerit lelaki itu

 

Menerusi carian Murai.my, video tersebut telah ditonton lebih 45,000 dan mendapat ulang kacau sebanyak 840 kali. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna seolah-olah dapat meneka pelawak yang dimaksudkan berdasarkan nada suara dan loghat nya.

Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak itu belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa.

Netizen Mula Serbu IG Lan Pet Pet

Rata rata di media sosial netizen mula siasat berdasarkan gaya dan percakapan pelawak tersebut yang berada di dalam video.

Nama Lan Pet Pet muncul dan ramai juga yang serbu IG beliau untuk mendapat kepastian

Setakat ini belum ada apa kenyataan di keluakrna oleh Lan Pet Pet walaupun akaun sosial media beliau dihujani dengan pelbagai pertanyaan.

Marketing Jual Belacan?

Bagaimanapun, ada yang mendakwa ia seperti sebuah publisiti semata-mata memandangkan pelawak tersebut mempunyai perniagaan produk belacan.

“Marketing weeh, Lan Pet2 kan niaga belacan. Kompom nak buat lawak P Ramlee la ni”

Hasil semakan di IG Lan, dia kini sedang giat mempromosi produk menjual belacan

sumber: IG Lan Pet Pet, Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*