Sahkan Ismail Sabri sebagai PM baru yang ke 9. Agong jemput parti yang menang ke istana negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Istana Negara telah memanggil parti-parti yang memenangi perlumbaan membentuk kerajaan baharu bagi mengesahkan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu pada pagi ini. Pengesahan itu disampaikan Ahli Parlimen Pontian itu melalui mesej kiriman WhatsApp kepada Sinar Premium semalam.

Hal ini susulan penerimaan berita penularan satu mesej tular yang mengatakan semua ahli Parlimen UMNO bakal bergerak daripada Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur ke Istana Negara menaiki bas pada jam 10 pagi ini. Ahmad Maslan juga memaklumkan parti-parti lain yang dipanggil ke Istana Negara bermula jam 10 pagi terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta terakhir adalah (PAS).

“(Pertemuan Istana Negara dan parti-parti menang bermula) 10 pagi melalui GPS, 11 pagi (Bersatu), 2 petang (UMNO), tiga petang (UMNO/BN) serta 4 petang (Pas). Ya (mesej tular berkenaan disahkan), yang menang. Itu yang difahamkan (Pihak Istana Negara) kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu mesej tular yang memaklumkan bermula jam 10 pagi, ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN bakal bertolak ke Istana Negara dari WTC, Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Mesej itu yang dipercayai dikirimkan oleh Ahmad Maslan sendiri, turut menyatakan hanya kumpulan parti yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad dalam kiriman WhatsApp berkenaan turut menjelaskan jemputan Istana Negara itu bermaksud Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO telah mendapat sokongan mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin ALLAH adalah calon PM yang menang. Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan semua ahli Parlimen kita. Moga ALLAH memberkati perjuangan mulia untuk rakyat ini,” kata Ahmad memetik mesej kiriman tular WhatsApp berkenaan pada Rabu.

Sementara itu, sumber BN memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa jumlah ahli Parlimen BN yang akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis adalah seramai 41 orang. Berikutan itu, Ismail Sabri yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri didkwa memiliki jumlah sokongan keseluruhan ahli Parlimen sebanyak 114 orang.

Turut dimaklumkan terdapat seorang ahli Parlimen BN yang dipercayai berkecuali dalam mengemukakan SD sokongan calon Perdana Menteri baharu.

“Terdapat kemungkinan ahli Parlimen BN yang berkecuali itu adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Ini kerana tokoh veteran UMNO itu lebih cenderung memilih UMNO mengemudi sebuah kerajaan interim atau berbentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran), berbanding mengembalikan sebuah kerajaan seakan-akan Perikatan Nasional (PN) 2.0,” kata sumber berkenaan.

Pada Selasa, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 kepada Istana Negara. Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang Rabu untuk mengemukakan surat akuan bertulis (SD) mereka. Sumber : Sinar Harian

Ramai yang tertanya macam mana operasi PDRM pada musim hari raya aidiladha ini. Sekali Ismail Sabri jawab.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumumkan sama ada akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah esok sempena sambutan Aidiladha, kata Datuk Seri Ismail Yaakob. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dip.utuskan PDRM kerana t.indakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan itu.

“Sekarang ini, sekatan jalan raya diperketatkan. Semalam sahaja, ramai (pengguna jalan raya) diarahkan patah balik (kerana tiada surat kebenaran). Polis akan lebih tegas sebab esok raya (Aidiladha). Berkenaan pemeriksaan rumah ke rumah pula akan diumumkan pihak polis,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Mindef (Kementerian Pert.ahanan) Prihatin, di Wisma Pert.ahanan, di sini, hari ini. Kerajaan menasihati orang ramai supaya tidak cvri-cvri pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Peningkatan kes serta kluster yang disebabkan pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar supaya semua pihak tidak mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selari usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan C0VID 19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, PDRM melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan diperiksa di sekatan jalan raya seluruh negara. Untuk rekod, jumlah bilangan kenderaan diarahkan berpatah balik paling tinggi dicatatkan pada 16 Julai lalu, iaitu sebanyak 4,839 sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan. Mengenai isu menteri mengingkari SOP PKP, Ismail Sabri berkata, semua individu tidak kira latar belakang akan dikenakan k.ompaun jika didapati melang.gar SOP berkenaan. “Baru-baru ini ada seorang menteri dik.ompaun RM 1,500. Polis dan agensi berkaitan ada kuasa untuk mengambil t.indakan mengikut akta sedia ada,” katanya.

Kerajaan juga dijangka mengumumkan prosedur o.perasi standard (SOP) mengenai kelonggaran pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos v.aksin C0VID 19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan terbabit.

“Kita akan beri kelonggaran (individu lengkap dua dos), jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa boleh bebas gerak dan sektor perniagaan mana dilonggarkan. Insya-Allah, perkara ini akan diumumkan selepas raya (Aidiladha),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Mindef (Kementerian Pert.ahanan) Prihatin, di Wisma Pert.ahanan, hari ini. Sumber : Online Malaya

Akhirnya untuk perjalanan rentas negeri dan daerah pihak Pdrm dedahkan hanya keluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak je.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah adalah diIarang sama sekali  memandangkan kadar peningkatan kes C0VID-19 harian masih berada diparas yang  membimbangkan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kmtn, kecemasan dan bekerja sendiri.

Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Manakala, PDRM juga akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu dalam tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja sektor yang TIDAK dibenarkan beroperasi tetapi  perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus. Namun, mereka perlu menunjukkan surat daripada majikan sebagai bukti. – Sumber dipetik dari Xtra

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*